Tuesday, January 27, 2009

Ujian atau Petunjuk

Pernah tak kau org mencuba utk mencapai apa yg kau org mahukan? Dlm proses tersebut, mesti byk benda berlaku, kan? Dan dlm pd ketika kau org mencuba, kadang kala kau org lupa sensitiviti perasaan org sekeliling, tak kiralah dari segi percakapan, sikap serta tingkah laku.

Bila dah berjaya, mesti kau org kata dgn bangganya bahawa perkara-perkara yg berlaku itu adalah ujian. Lepas itu, mungkin kau org panjatkan kesyukuran dgn pelbagai cara. Cthnya, menderma kpd anak-anak yatim, puasa sekian-sekian hari atau bulan atau apa shj (bkn bernazar sehingga boleh menggadaikan nyawa spt terjun kolam buta atau membotakkan kepala sampai licin!). Tp, apa-apa pun, nazar kau org itu jgnlah dihebah-hebahkan, nanti mcm menunjuk-nunjuk pulak. Tapi, kalau tak berjaya kebanyakan kau org mesti akan kata, "Padanlah byk benda berlaku... Rupa-rupanya Allah nak bagi petunjuk bahawa itu bkn rezeki aku.. Cis! Buang masa je aku korbankan segala-galanya!"

Ini bermakna kau org masih dangkal dan sewel dgn apa yg kau org kerjakan utk merealisasikan impian masing-masing samada dgn cara yg betul atau sebaliknya. Tak kiralah, main larung je, janji usaha tangga kejayaan. Sehingga kau org lupa kadang-kadang usaha tangga kegagalan. Apatah lagi sekiranya impian di puncak tinggi cthnya artis sengal berangan nak kawin dgn anak raja... (lu pikirlah sendiri sapa orgnya!).

So, sebelum kau org penat-penat berusaha mengejar benda yg tak pasti di mana kalau gagal kau org boleh tergolong dlm golongan org tak centre dgn mencederakan diri sendiri, seterusnya menyalahkan mana-mana pihak atau sanggup mempertikaikan takdir Allah, buatlah ibadah yg dapat meyakini tindakan kau org itu nanti. Cthnya, meminta petunjuk dr-Nyadgn bersolat iskharah, solat hajat, solat tahajud, solat taubat dsbg. Yelah, disamping meminta petunjuk awal, kau org jugak sudah ada pendinding utk menerima segala kenyataan yg pahit-pahit. So, takdelah menggelabah soot sampai menggigil cam malaikat maut dtg menjemput.

Dan jgn lupa, dlm pd kau org sibuk membina astana impian, ingat-ingatlah org sekelilingyg mungkin 'makan hati berulam jantung'. Dan seterusnya, jgn jadi org bodoh. Yelah, mana tau gagal mesti kau org tak salah diri sendiri ibarat 'tak mengaku buang air tgh jln' (sedangkan org tau dia yg buat!) hingga sanggup bersumpah laknat. Yg terakhir, jgn jadi org yg gelojoh bak 'yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran'.

Aku menulis bukan kerana aku dah pandai sgt, tp itulah yg pernah aku lalui dan berharap menjadi iktibar kpd kau org supaya tidak membelakangkan ketentuan Ilahi walaupun nampak mustahil nak terjadi (kegagalan). So, tepuk dada tanyalah Yang Esa..

No comments:

Post a Comment