Tuesday, May 26, 2009

Licinnya muka dia...!!!



Cuba tengok gambar2 Sarah Palin ni betul2. Satu, ketika dia muda belia lagi. Kedua, ketika dia dah di usia 40an. Berbeza, bukan?
Ketika usia muda wajahnya nampak lebih berisi berbanding yg satu lagi. Maklumlah ketika itu daging muka masih montok lagi. Sejajar dengan usianya, daging di muka menyusut sedikit demi sedikit hingga menampakkan tulang wajah dan ia lebih memanjang berbanding di usia muda. Adakah dia melakukan Botox? Rasanya mungkin tidak. Tetapi kalau dia pernah buang kedutan melalui pembedahan, mungkin ya.
Apa yg aku merepek ni? Aku baru je terbabas menonton beberapa gambar artis kita yg dikatakan membuat botox dan surgery di muka. Tak perlulah sebut namanya. Tapi, aku tak rasa semua artis yg dipaparkan melakukan surgery tetapi faktor usia. Macamana nak tahu?
Botox biasanya akan membuatkan muka si pemakai kelihatan lebih berisi. Lebih kurang mcm penggunaan vitamin C dan suntikan kolagen. Ia kononnya mengembalikan wajah remaja ibarat Sarah Palin berbaju merah itu nak buat muka jadi Sarah Palin yg berkemban tu. Kadang2 ada yg suntik di bibir. Hasilnya? Bibir terjuih dan mata menjadi sepet kerana daging muka menjadi tembam akibat daripada pengembangan sel2 yg tlh tua di bawah kulit seterusnya menolak bibir mata. Apabila si pemakai nak buat mimik muka seperti tersenyum, ketawa, marah dsbg, wajahnya kelihatan kaku dan tegang semacam terutama sekali ketika baru di suntik. Harganya mengikut nilai perkhidmatan serta bahan yg digunakan. Namun begitu, sesiapa yg memakaikannya akan menjadi taksub kerana suntikan2 tersebut perlu sentiasa diberi bagi tempoh tertentu. Dan si pemakai jugak biarpun tlh mendapatkan suntikan menegangkan kulit wajah, mereka tetap perlu bergantung kpd hasil solekan krn biasanya wajah mereka kelihatan hodoh sedikit berbanding wajah asal (cuma kulit tegang & nampak montok je..).
Surgery pula biasanya utk pemakai yg ingin mengurangkan kedutan dgn menarik kulit muka yg menggelebeh ke bahagian dahi,telinga dan dagu. Ini biasa dilakukan oleh artis Hollywood di mana hasilnya lebih halus, nampak semulajadi tanpa banyak perubahan ketara kpd wajah asal dan kekal lama. Harganya? Masya-Allah... Risikonya? Pun, masya-Allah...
Kadang2 jugak faktor solekan di mana sekarang ni banyak betul brg kosmetik yg menawarkan kulit wajah menjadi licin, kurang kedutan dsbg selepas disolek.
Apa2 hal nak kulit muka cantik dan berseri, mesti cukup tidur, makan makanan seimbang, guna brg kosmetik&facial yg selamat, happy selalu sbb hati susah boleh mengakibatkan kita cpt tua&mati dan ketika nak cuci muka bykkan selawat ke atas Nabi Muhammad SWT (kpd muslim). Sebenarnya indah menjadi tua kalau kita tahu menghargainya! Sekian..

Monday, May 25, 2009

Kenal tak?

Suatu hari aku telah menemani seorang kawan yg ingin mendaftar di sebuah universiti swasta utk melanjutkan pelajarannya di peringkat Master secara pembelajaran jarak jauh (PJJ). Aku pun menyibukkan diri mengikutinya mendengar taklimat ringkas daripada seorg pegawainya yang merupakan seorg wanita dlm lingkungan usia 30an dan dengarnya masih bergelar Cik. Penuntut-penuntut yang baru berdaftar utk Master ni kebanyakkan dalam usia 30an ke atas dan berbilang kaum. Dan sudah pasti mereka ini terdiri daripada org2 yang sedang bekerja kerana masakan mereka mengambil PJJ, ye tak?
Namun begitu, aku kurang gemar cara taklimat yg disampaikan pegawai terbabit seolah-olah org2 yg ditaklimatkannya itu bdk lepasan SPM yg ingin sambung pelajaran di peringkat Degree/Diploma. Beliau ada mengingatkan penuntut2 ini agar menghormati pensyarah2 yg berada di situ dgn panggilan 'Puan', 'Encik', 'Doktor' atau 'Prof' (sekiranya pensyarah sudah mempunyai gelaran) dan memberi contoh dgn nada cynical di mana ada penuntut yang memanggil 'kakak' kpd salah seorg pensyarah di situ. Masalahnya sekarang, sepanjang taklimat tak pula beliau meletakkan gambar pensyarah2 bersebelahan nama2 mereka ketika itu. Bagaimana penuntut2 ini dapat mengenali pensyarah2 terbabit seterusnya tak terkhilaf memanggil mereka 'kakak', 'abang', 'makcik', 'pakcik' dsbg?
Ini mengingatkan aku sebuah cerita 'The Devil Wears Prada' di mana Bosnya mengarahkan 2 org pembantu peribadinya menghafal nama serta wajah VVIP yg dijemput menghadiri parti sosialitenya. Dia memberikan beberapa buah buku yg tertera gambar, nama, pangkat, kerjaya serta syarikat yg dipunyai VVIP itu secara detail kpd pembantu-pembantunya itu seterusnya dpt membantu Bosnya itu sekiranya dia terlupa nama VVIP jemputannya itu akibat terlalu ramai atau baru pertama kali bertemu. Dgn itu, jemputannya menjadi lebih selesa dan bangga krn dikenali oleh si Bos yang merupakan editor sebuah majalah fesyen terkemuka di situ. Ya, sekurang-kurangnya si Bos dlm cerita itu mengurangi kekalutan dan seorg yg berakal utk dihormati.
Dan kita pun, walau mungkin tak mengenali seseorg, panggillah dgn panggilan yg elok dan kena dgn tempatnya. Contohnya di kawasan tempat kerja kerajaan atau swasta (ketika waktu bekerja), panggillah 'Encik' atau ' Puan' kpd manusia-manusia di kawasan tersebut apalagi mereka ini berpakaian kerja yg kemas. Kalau di kawasan awam pula seperti di pasar dsbg, panggillah 'kakak' atau 'encik' (lelaki bahaya sikit kalau dipanggil 'abang', nnt tiba2 jadi miang!) dan 'makcik' & 'pakcik' bg golongan yg berusia 50 ke atas. Sekurang-kurangnya mereka berasa selesa walaupun mungkin mereka ini golongan VIP. Bg wanita andalusia (anak dara lanjut usia), mungkin kita takut terpanggil Puan ketika baru pertama kali jumpa seterusnya membuatkannya hati terguris. So, mana-mana wanita yg nampak muda lagi (dlm lingkungan 30an ke bawah), mulakan dgn panggilan 'Cik'. Kalau dia dah kawin, dia akan betulkan panggilan menjadi 'Puan' seterusnya tersenyum kerana menyangka muka muda&cun lagi! Cuba kalau kau org panggil 'Puan' kpd andalusia ini, pasti mereka akan sakit hati dan dgn nada geram, muka kelat akan membetulkan panggilan menjadi 'Cik'.
Itu je beberapa panduan dlm mengenali manusia yg kita tak tahu apa pangkatnya disebabkan Malaysia ini banyak betul org yg berpangkat! Bagi yg berpangkat tetapi terkena panggilan yg tak sepatutnya, open mindedlah especially kpd yg baru pertama kali jumpa dgn anda. Kalau nak org panggil yg baik2 dgn pangkat anda, buat iklan kat suratkhabar atau papan kenyataan di mana semua rakyat Malaysia kenal siapa anda, ya? Dan kalau nak menegur org utk membetulkan silapnya, tegurlah dgn cara diplomasi sesuai dgn keadaan, umur dan pemikirannya. Sekian..

Friday, May 22, 2009

Pst...pst...! Dia tuttt...dia tuttt...

Gosip! Bestnya melayan gosip apalagi melibatkan orang popular, orang yang kekwat, orang cantik, orang genius, orang yang kaya atau sesiapa saja lebih-lebih lagi orang yang kita meluat melihatnya!
Aku pernah melalui penangan gosip di tempat kerja. Apalagi kalau kita ini berbaik sikit dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Wow! Dia punya melayan gosip sampai kita telah beranak cucu disebut-sebut. Saat itu adalah saat yang sukar bagi aku. Serasa seperti ada orang yang menikam dari belakang, sakitnya bukan kepalang apalagi malu kepada orang lain. Asalnya aku bercerita kepada orang yang paling dipercayai, tahu-tahu cerita sampai ke telinga orang yang paling tak patut tahu. Malah, ceritanya jadi cerita lain. Aku cerita A, dia punya canang sampai Z. Sedih pun ada...
Namun begitu, jauh di sudut hati aku redha aje. Tak pelah orang nak kata, janji jangan sampai ada yang menyebut depan aku! Kerana aku pernah sound baik punya kepada seorang rakan sekerja yang tak tahu apa-apa tentang cerita sebenar dari mulut aku sendiri, sedap-sedap je menjadikan sejarah aku sebagai bahan gurauan. So, sebagai panduan kepada anda semua:
1. jangan mudah bercerita tentang perjalanan hidup anda kepada orang yang anda telah ketahui suka bergosip @ bercerita hal orang lain kepada anda. Yelah, kalau dia boleh 'anyam ketupat' fasal orang lain dengan anda, tak mustahil tentang diri anda pun dia 'anyamkan' sekali kepada orang lain!
2. kecilkan kumpulan kawan-kawan yang paling anda percayai, barulah boleh berkongsi cerita.
3. jadilah orang yang dipercayai menyimpan cerita kalau itu yang anda harapkan dari teman anda.
4. buatkan diri anda sibuk di tempat kerja bagi mengelakkan berkumpul dengan 'kumpulan Cik Kiah' ni seterusnya ter'join' cerita gosip sesama sendiri.
5. kalau terjebak juga, tukar topik lain! Kalau tak berjaya, buat tak reti. Kalau tak berjaya juga, hanya jadi pendengar sahaja tetapi JANGAN SESEKALI tumpang sekaki bercerita atau bertanya. Melainkan, bercerita dengan niat sebagai panduan orang lain. Namun begitu, elakkan menyebut nama orang kena umpat itu bagi mengelakkan fitnah dan jangan cerita sampai detail takut terover. Contohnya, "Si polan memang orangnya gatal. So, berhati-hati dengan dia. Kalau kau faham maksud aku, ok la.. Kalau kau tak tahu, kau cari sendiri siapa orangnya." Kiranya, biarlah jadi pendengar tapi jangan jadi DJ tak bergaji!
6. JANGAN SESEKALI mendedahkan diri anda kepada gosip dengan bercerita tentang bahagianya anda di tempat tidur bersama suami (orang pompuan suka bercerita hal ini) dengan teman-teman walau sebaik mana mereka sekalipun dengan anda. Kalau nak bercerita, biarlah berlapik. Agama Islam juga melarang kita bercerita perihal suami atau isteri kita lebih-lebih part kelemahan mereka kepada orang lain. Dan sebagai teman, anda juga harus menghormati kehidupan peribadi teman yang telah bersuami. Kiranya anda tiada hak untuk tahu 'sampai dalam' perihal kehidupan mereka laki bini seterusnya dijadikan bahan gurauan.
7. apa-apa hal, jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi yang baru dikenali.
Sekian!

Ish...ish...ish.... KEJAMNYA!

Sejak akhir-akhir ini kita disajikan dengan kisah ragut. Semalam berlaku lagi satu kes ragut di mana peragut itu dengan beraninya memasuki perkarangan rumah si mangsa serta membunuh sang ibu, seorang anak dan pembantu rumahnya sebelum berjaya melarikan SEBUAH LAPTOP! Mungkin disebabkan terlalu khayal di bawah pengaruh dadah menyebabkan si peragut tekad melakukan segala-galanya. Sedih memang sedih apalagi melibatkan nyawa yang tiada galang gantinya. Sebagai pedoman, di sini aku ingin berkongsi langkah-langkah bagi mengelakkan diri menjadi mangsa pembunuhan dalam kes ragut. Antaranya:
1. Bagi kaum lelaki, temanilah isteri, ibu atau saudara perempuan anda ketika mereka keluar mengambil duit di mesin ATM tak kira wang besar atau wang kecil kerana peragut hanya tahu meragut tanpa mengetahui samada si mangsa benar-benar mengeluarkan duit sikit atau banyak atau sekadar memasukkan duit di bank.
2. Pastikan, sekiranya anda di dalam situasi ketika diragut, jangan melawan. Biarkan sahaja dia mengambil beg anda kecuali anda ada seni mempertahankan diri hingga peringkat tali pinggang hitam! Namun begitu, aku nak ingatkan, malang selalunya tak berbau walaupun anda sehebat Bruce Lee.Yang perlu anda lakukan ialah bertenang serta mengecam nombor plat motosikal peragut (kebiasaannya mereka menunggang motosikal) dan kalau boleh cam sekali wajah serta perwatakannya untuk dilaporkan kepada polis.
3. Pastikan kereta anda berkunci sebaik sahaja memasuki kereta. Ini biasa berlaku kepada kaum wanita di mana mereka gemar meletak beg tangan serta barang berharga di tempat duduk sebelah (sekiranya mereka memandu). Kemudian, lupa kunci kereta. Bila sampai di simpang lampu trafik yang kebetulan berwarna merah, peragut dengan selambanya membuka pintu kereta dan terus mengambil beg tangan sebelum memecut laju dengan motosikalnya. Pernah juga berlaku kepada seorang teman di mana begnya diragut di atas pangkuannya sendiri walau suaminya sedang berada di sebelah! Kedua-duanya tergamam kerana terkejut akan betapa tekadnya si peragut!
4. Sekiranya anda menunggang motosikal, jangan gantung beg anda di badan atau membelitnya di motosikal. Letakkan sahaja di dalam bakul motosikal. Tapi pastikan duit dan Mykad anda selamat di dalam poket seluar! Ketika peragut cuba meragut, sekurang-kurangnya dia tidak menarik badan anda atau motosikal anda sekali dengannya yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau maut sekiranya terjatuh!
5. Dan panduan ini sebagai tambahan. Bagi mereka yang takut rumahnya diserang perompak atau dimasuki pencuri seterusnya mengugut tuan rumah dengan senjata, jangan melawan. Kebiasaan perompak atau pencuri adalah orang yang dalam keadaan terdesak untuk meneruskan hidup akibat ekonomi yang semakin merudum serta mungkin mereka ini di bawah pengaruh dadah. Jadi, sentiasa mempunyai sedikit wang (dalam RM50-RM100) untuk ‘disedekahkan’ kepada mereka ini. Baik duit hilang dari nyawa melayang!
Ini sahaja beberapa panduan yang aku tahu. Kalau ada lagi, aku akan updatekan. Dan kalau kau orang ada yang lebih best, bolehlah kongsi bersama-sama sebagai panduan. Ingat, biar duit hilang dari nyawa melayang!

Tuesday, May 5, 2009

Selamat...

Kepada kawan2 yg tak dpt menghadiri serta terlepas pandang aku utk menjemput, saksikanlah... heheh