Tuesday, January 27, 2009

Maktokku Sayang..

Maktok..Panggilannya tak selembut nama ‘nenek’. Bila orang sebut ‘nenek’, tak semena-mena orang akan bayangkan seorang wanita tua, kurus kerepot, dengan suara yang terketar tapi penuh dengan nada kasih, berkarektor lemah lembut dan memerlukan seseorang tetapi berjiwa kental. Tapi, Maktok aku lain tak tahulah kalau maktok orang lain. Jiwanya memang kental, suaranya kental dan perawakannya juga kental. Kalau dia kata hitam, maka hitamlah jawapnya. Seorang yang gemuk gempal (dan nampaknya semakin gempal akhir2 ini), bersuara lantang, lancang dan tegas, derap kakinya saja buat aku kecut perut semasa usia masih kecil. Tapi sekarang aku terpanggil menulis kisah benar menganai Maktok dari kaca mata aku sendiri. Maktok banyak menanam sifat tegas dalam diri aku sedari kecil, bersuara lantang dan lancang, garang tapi syukur aku tak segempal Maktok (buat masa ni la…hhehehe…). Aku tak reti nak istilahkan perasaan aku terhadap Maktok ketika itu samada sayang ke, benci ke atau tak ada apa2 perasaan. Maktok rajin membawa aku pulang ke rumahnya, menolong dia mengorek rumput dalam pasu, mengecat batu bata, menyapu sampah seawal pagi. Bila tiba petang, selepas berehat sekejap, Maktok akan mengajar aku mengaji Muqadam sampai meleleh-leleh airmata dek kena sergah Maktok (kes tak pas la tu…), belajar mengira dan menulis Jawi. Lewat petang pula siram pokok Maktok dan malam tidur awal sebab Maktok pantang benar budak2 seusia ku tidur lewat menonton tv. Namun begitu, Maktok rajin memberi upah, belanja makan di bandar (tidak berpeluang bila di rumah sendiri kerana adik-beradik ramai dan kalau mak abah ke bandar mesti aku kena tinggal ) dan membawa aku ke rumah Pak Esam di KL, jadi dapat bertemu sepupuku, Apis. Tapi yang paling aku sakit hati ialah kalau Apis balik kampung, pasti Maktok akan lebihkan dia dari aku. Tilam untuk dia tidur adik-beradik aku yang bentangkan, kemudian bangun pagi aku yang gulungkan balik, pinggan dia makan aku yang cucikan, malah kebajikan dia sepanjang di kampung aku dipertanggungjawabkan. Dan kalau sesuatu terjadi pada dirinya, nahaslah aku yang kena marah dulu oleh Maktok.Bayangkan, ada sekali menjelang raya Apis dapat duit raya lebih dari Maktok di luar pengetahuanku dan selepas itu aku malas nak bertanya dengan Apis berapa duit raya dia dapat dari Maktok sebab buat sakit hati sendiri saja nanti. Nak mengadu dengan orang tua aku tak reti, kalau mengadu pun tak ada gunanya kerana adik-adik beradik yang ramai belum tentu mak dan abah ada masa nak melayan. Bila usia jejak remaja, jiwa ku memberontak . Aku tak melawan secara berdepan, tetapi secara halus dengan cara malas nak bertandang ke rumah MAktok lagi. KAlau datang pun kerana kenduri-kendara dan tiba musim durian. Walaupun aku dan keluarga telah berpindah sekampung dengan Maktok, berkunjung ke rumah Maktok adalah agenda paling terakhir yang aku lakukan dalam hidup ketika itu. Menjelang aku akan menduduki SPM, aku berhasrat nak tinggal di rumah Maktok. Entah kenapa aku temui ketenangan di sana. Ketika itu aku kenali MAktok. Dialah antara orang yang memberi aku semangat berjaga malam untuk study. Tapi result yang kurang memberansangkan membuat aku agak kecewa tapi MAktok tetap memberi semangat kerana MAktok tahu betapa aku tertonggeng tergolek study, betapa susahnya nak mendapat result yang tak seberapa tu…Mungkin doa dari Maktok aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi sehingga ijazah. Sekarang aku telah bekerja, duduk dengan keluarga dan MAktok. Namun Maktok tetap orang yang sama aku kenali walaupun sedikit uzur dan kurang upaya. Sungguh pun begitu jiwanya masih kental nak mencantikkan Astana Idamannya itu, masih garang, lantang dan lancang. Cuma kadang2 aku kasihan dengan MAktok, ada saudara-mara ku yang kurang arif tentang MAktok sanggup mengatakan Maktok ‘nyanyuk’, ‘besarkan perut’ sedangkan silap2 semasa kecil mulut2 mongel mereka itu disuapkan nasi oleh Maktok, silap2 tatkala mereka balik kampung kalau boleh Maktok nak bentang karpet merah (perumpamaan je)! Yang ada tu, sanggup meminggirkan MAktok di malam raya dek kerana tak tahan kena marah dengan Maktok. Ada pula yang baru tak sampai setahun pun duduk sekampung dengan Maktok dengan confidentnya dah ‘cukup arif dan kenal’ dengan Maktok sedangkan baru kena perli sikit dengan Maktok, terus tak jengah rumah Maktok sebulan dua. Datang pun cuma tunjuk kelibat dan ego, tapi bila perut lapar pandai pula kau mengorek periuk belanga di dapur Maktok.Eh, kau sapa hah?!! Kalau kau tak nak buat apa yang Maktok suruh boleh tak mulut kau diam dan duduk kat tempat jauh sikit dari pandangan MAktok, diam2 dan jangan sakitkan hatinya?! Kau nak Maktok berubah tapi kau lupa Maktok dah terlalu tua untuk berubah secara drastik. Apa kata kau fikirkan satu kaedah di mana kau dan Maktok tak sakit hati? Maknanya kau yang kena berubah ikut rentak Maktok, sekejap pun tak pelah! Aku bukan kata aku cucunya yang baik, sebab dari kecil pun aku tak pernah dapat layanan VVIP dari Maktok. Kadang2 pun rasa geram dengan Maktok aku melawan juga katanya..Cuma tak lama la rajuknya. Kiranya pagi kena marah dengan Maktok, petangnya aku datang juga ke rumah Maktok memandang dalam hati ini selalu berdetik Maktok orang tua yang perlu aku hormati dan kasihi kerana dia telah mengandungkan mak aku walaupun tak cukup bulan, membesarkan dan antara orang yang rapat dalam hidup mak aku. Aku dapat rasakan MAktok kasih dengan aku kalau lebih dari seminggu aku tak menjengahnya pasti dia sibuk bertanya walaupun dengan nada memperli kerana kalau Maktok berlemah-lembut dengan aku, pasti aku akan rasa pelik dan cakap dia buang tabiat pula hahaha… Kini aku rasa doa2 MAktok menjadikan aku antara orang yang berguna lebih bernilai dari duit rayanya itu! Dan Apis masih menjadi sepupu yang paling rapat dalam hidup aku kerana Maktok yang ajar aku care dia dari kecil lagi, hopefully forever..

No comments:

Post a Comment