Tuesday, January 27, 2009

Dulu-dulu kadang kala lebih baik..

Aku bukanlah golongan anti kerajaan. Tapi aku jugak manusia biasa, yg mempunyai pendapat tersendiri. Samada nak setuju atau tak, aku tak boleh nak paksa. Dan jangan tangkap aku, eh? Ini berkaitan PPSMI yg selalu digembar-gemburkan tak berkesan. Terus terang cakap, aku dulu pun speaking berterabur, tapi berkat banyak membaca dan banyak berkursus, aku boleh la speaking baik sikit dari dulu. Becoz PPSMI I could (of course HAVE TO) polish my language, by hook or by crook! Jadi aku rasa bagi pihak pengajar, rasanya mereka tak ada problem kalau mereka rajin membuat inisiatif to improve their language kerana kebanyakan pengajar adalah golongan celik akal. Klo tak, mana boleh jd cikgu, ye tak? Mana tau, dalam masa 5 tahun akan datang, ramai pengajar speaking berabuk! So, think positively. But the point is, the students. Aku mengajar di sebuah sekolah bandar. Dan aku pernah praktikal di sebuah sekolah di ibu kota yg berjiran dgn sebuah negara yg maju di dunia. Aku tak sangka pelajar di sekolah yg pernah aku ajar dan sedang mengajar ini, mengalami kesukaran ketika mengikuti matapelajaran PPSMI. Tak kira apa bangsa sekali pun, baik Melayu, Cina dan India. Ada jugak pelajar yg hadir dr keluarga yg sgt berada pun mengalami masalah yg serupa. Jadi, tak boleh la kebanyakan dari kau org kata, masalah hanya tertumpu kpd pelajar luar bandar kerana pelajar bandar jugak 2×5. Tapi kau org boleh kata, kalau pelajar bandar pun susah nak ‘bawa’, apalagi pelajar di luar bandar (ye tak?). So, aku pernah bincangkan permasalahan ini kepada teman2 seperjuangan. Dulu-dulu, negara kita ada mewujudkan beberapa jenis sekolah. Sekolah Vernikular (Melayu, Cina, India) dan Sekolah Inggeris. Ada jugak sekolah kemahiran Vokasional seperti seni pertukangan, pertanian, jahitan, masakan dan sebagainya. Kalau sekarang diwujudkan Sekolah Wawasan, aku setuju kerana ia mengumpulkan tiga bangsa dalam satu kawasan. Namun, kesama rataan sistem mengajar cuma berbeza dari segi kecemerlangan pelajar seperti Sekolah Inggeris dan sekolah harian biasa serta terhapusnya sekolah kemahiran Vokasional, tu yang aku kurang setuju. Seolah-olah pelajar ini kita anggap sama rata sahaja tahap IQnya. Sedangkan apa yg pernah aku pelajari di maktab, kita semua dilahirkan berbeza emosi dan IQ di mana ada yg suka membaca sahaja, ada yg suka mengira, ada suka muzik, ada yg suka simulasi dan sebagainya. Jadi, pendapat aku ialah, PPSMI boleh diteruskan di mana ia diaplikasikan di semua sekolah aliran Inggeris (cth High School dan Convent), semua sekolah berasrama penuh dan beberapa Kelas Rancangan Khas di sekolah harian biasa kerana anggapan aku ialah pelajar-pelajar jenis ini celik akal dan mempunyai masa depan yg cerah. Manakala kelas-kelas biasa di sekolah harian serta jenis kebangsaan diajar dalam Bahasa Malaysia. Kemudian, wujudkan kembali sekolah kemahiran Vokasional bagi memfokuskan pelajar yg lemah dalam pembelajaran serta bermasalah disiplin di sekolah harian biasa agar mereka belajar kemahiran seterusnya memudahkan mereka mencari kerja sebaik habis belajar. Bagaimana nak bahagikan pelajar-pelajar ini? So pentadbir di sekolah rendah yg perlu bekerjasama dengan baik agar pelajar-pelajarnya dapat belajar di sekolah menengah yg betul seterusnya tak menghancurkan masa depan mereka. Sekolah rendah hendaklah mengajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Wujudkan beberapa topik mengenali terms Sains dan Matematik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Sekiranya ada pelajar yg lulus dgn cemerlang dlm Bahasa Inggeris tersebut, mereka ini boleh dihantar terus ke sekolah berasrama penuh atau Sekolah Inggeris selepas UPSR. Bagi pelajar yg lulus Sains dan Matematik tetapi lulus ’suam-suam kuku’ atau tak lulus langsung matapelajaran Bahasa Inggeris, maka mereka ini dihantar ke sekolah harian biasa. Dan pelajar yg sangat lemah dalam matapelajaran atau buta huruf, mereka diserapkan ke kelas pemulihan seterusnya masuk sekolah kemahiran Vokasional. Dengan ini, bagi pelajar berasrama penuh dan Sekolah Inggeris boleh diserap ke universiti luar negara atau antarabangsa. Bagi pelajar yg bijak Sains dan Matematik tetapi lemah Bahasa Inggeris diserap ke universiti tempatan. Dan pelajar kemahiran pula boleh diserap ke tempat kerja yg memerlukan kemahiran mereka atau sambung pelajaran mereka di institusi kemahiran tempatan. Jadi, kuranglah masalah pekerja dari universiti yg tak tau speaking, mat rempit, penganggur tak bertauliah dan sebagainya! Adakalanya Inggeris berguna, tetapi adakalanya kurang berguna terutamanya bg pelajar yg akhirnya bekerja di kilang, pelayan kedai-kedai makan tepi jalan dan sebagainya. So, dengarlah rintihan mereka ini, jgn hancurkan masa depan mereka dek kerana Bahasa Inggeris..

1 comment:

  1. Salam.. aku lupa nk tulis yg Bahasa Inggeris juga diajar sekolah harian biasa dan sekolah Vokasional. Cuma matapelajaran Sains&Matematik sahaja perlu diajar dalam Bahasa Malaysia. TQ

    ReplyDelete