Tuesday, January 27, 2009

Iqra'

Assalamu’alaikum…Kali ni aku nak citer perihal membaca dlm hidup kita sehari-hari ni.Dulu masa zaman aku sekolah, aku antara pelajar yang suka membaca buku cerita, ensiklopedia, surat khabar n mcm2 lagi.Tapi,masa tu aku terpaksa control membaca depan mak sebab dia akan membebel aku membaca je, tak reti2 nak keluar dari bilik.Dlm sekolah rendah aku pernah dinobatkan pembaca terbanyak buku,dan pernah dilantik menjadi pustakawan adalah satu rahmat tak ternilai sebab dapat baca buku lebih byk lagi bila2 masa aku free.Cuti sekolah mak ajak aku g sekolah tempat dia bekerja utk mengunjungi perpustakaan dan aku dapat pinjam buku dgn mudah atas nama mak.Tapi syg,masuk U aku dah mula malas membaca buku.Aku baca suratkhabar pun jarang2 tp mewajibkan diri sendiri membaca surat khabar bila ke library.So, kalau tak g library,tak membaca surat khabarlah aku jwpnya.Yang aku baca ialah buku pelajaran.Kalau tak periksa,maka jarang2 lah aku buka buku2 tu.Habit aku ialah baca buku secara percuma di book store.Nak pjm buku kat library selalunya dh outdated.Lagilah masa tu aku tak berapa mengerti hala tuju hidup aku di masa depan,jadi aku keliru buku apa yg sesuai utk aku baca bertambahlah tanpa bimbingan sesiapa. Nak baca novel, aku bkn jenis org yg suka membuai perasaan.Majalah hiburan? Sorry naik lorry..Tak nak aku mengkayakan suku sakat yg meruntuhkan bangsa sendiri dgn cerita2 yg memualkan! Tiba satu masa,aku menghadiri temuduga perguruan lepasan ijazah.Kwn2 yg sama2 menghadiri temuduga sibuk mengepit surat khabar semlm semlm dan yg terkini termasuk majalah yg ’sesuai’ dgn tema perguruan.Aku? Hehehe…cuma berbekalkan liputan berita perdana di televisyen mlm smlm…Tp alhamdulillah,aku pass walaupun aku terang-terangan dh kata kt pakcik makcik interviewer tu yg aku tak bc paper semlm.Ni mungkin disbbkan aku ada talent kot jd cikgu dr airmuka yg pasrah..Cm bodoh je anggapanku itu td..hehee….Then, i want to thank to my beloved uncle, Pak Esam and his family to open back my mind to read at least a book per day.Rumah dia penuh dgn buku.Setiap ruang wajib ada rak buku yang diisi dgn buku bkn cam sesetgh rumah yg beli almari mahal2 dari kayu jati terpilih semata2 utk display pinggan mangkuk atau collection peribadi.Ini mengingatkan aku kembali angan2 ms kecil yg aku mahu mempunyai sebuah bilik yg penuh dgn buku dr dinding ke dinding sampai bertangga.Aku nk anak cucu aku asik memerap kt bilik bacaan idaman aku itu nanti bila ms terluang.Dan baru aku sedar,membaca ni bkn je utk keseronokan minda,tp bacalah utk menambah ilmu di dada tak kiralah apa jenis buku ilmiah.So sekarang aku baca buku2 yg aku rs sesuai bkn sj dr segi usia dan pekerjaan aku sekarang.Tp juga membaca minda dan pengalaman penulis atau seseorg yg aku boleh sanjungi sbg ‘org’.Membaca juga dapat menyelamatkan aku dr jurang pemisahan antara org buta ilmu dan tidak.Kita mungkin boleh berlagak yg kita lulusan universiti,atau "I can speak in English fluently.." atau "Aku dah kerja dgn gj yg best!" tp syg, kalau kita tak membaca belum tentu kita menjadi org yg keluar dr ruang lingkup keselesaan hidup bak katak bawah tempurung! Aku sedih betul ada kawan2 dan sedara2 yg belajar dah pandai tapi dek krn tak membaca buku, hidupnya ibarat sumbu tanpa api.."Aku baca kitab dan al-Quran hari2…" tapi tahu tak korang ibarat membaca yellow pages tanpa mengaksesnya? Jgn nk tipulah,korang bkn tau arab pun…Kalau tau,baguslah…Ada jugak yg snggup berhabis membaca majalah hiburan tiap2 bln..Aku tak brapa kisah sgt kalau org mcm ni dh byk bc buku lain,so bc majalah hiburan just to relax your mind.Tp ni jns org yg beli majalah hiburan tak bc buku2 lain…Sanggup berhabis pd mjlh hiburan sampai tinggi galah tp tang membeli apalagi membca buku berilmu sikit punyalah liat dan kedekut! Dan bila berborak ngan org sebigini, ya Tuhan…Bila kita ckp A dia jwp B tentang isu2 berat.Tp kalau pasal gosip artis,farah fauzana pun kalah…Hahaha!!! So kwn2,pleaselah read something everyday walau sesibuk mana pun kita.Paksa diri tu.Aku pun ms nak start blk bc buku ilmiah ni,aku paksa diri at least a page per day.Kita tak perlu baca a whole book (kalau best n berguna lain la..)..Ambil isi2 penting berpandukan subtajuk agar tak lari dari objektif buku tu.Buku2 sebegini kdg2 ada kata2 hikmahnya. So,catatkan dlm organizer atau buku note sbg ingtn agar apa yg kita bc taklah membazir akibat sifat pelupa tu…Dan satu lagi,membaca ni mengelakkan kita dari sifat pelupa dan nyanyuk! Cth terbaik, maktok dan arwah atok tak pernah nyanyuk.Lupa sikit2 tu adatlah…Rahsianya,membaca! Sekarang, dlm bilik tidur aku telah tersergam satu rak buku agar aku dapat membuat kira2 berapa byk buku aku dah bc.Aku kumpul blk buku2 ilmiah yg dulu2 nk baca tapi tak sempat.So kwn2,marilah kita membaca bersama2…

No comments:

Post a Comment