Tuesday, January 27, 2009

Dia?

Aku mungkin menjawab teka-teki dlm hati aku sendiri dan mungkin dlm masa yg terdekat. Ini kerana aku realistik dan tak mudah putus asa dlm mencari siapa dia orgnya - lelaki yg aku cari-cari selama ini! Aku percaya kpd ketentuan Ilahi krn bumi ini sgt luas. Bak kata seorg ustazah, "Apa yg kau bimbangkan tentang hidupmu, biarpun mereka mengata kau terlepas dan melepas. Berbaik sangkalah kpd Allah Taala bhw jodohmu kalau mungkin tidak di sini, pasti dia ada di akhirat kelak".

Dia mungkin bukan lelaki sejati & sempurna di mata org lain krn sejati & sempurna adalah subjektif. Ada org kata pasangannya sebaik-baik manusia tetapi ada org kata tidak. Ada wanita menganggap suaminya adalah lelaki sejati tetapi org lain kata tidak krn lelaki itu suka menganggur. Dan ada jugak yg menganggap pasangannya yg OKU itu kuat tetapi sesetengah dari kita menganggap sebaliknya.

Tipulah sbg manusia yg mempunyai emosi dan citarasa jgn bersifat memilih. Dan tipulah telenovela Sepanyol, cinta sejati sahaja yg dapat mengatasi segala-galanya termasuk membuat perut kita kenyang! Memang aku memilih krn kebanyakan org yg aku kenali jgk bersifat memilih. Memilih tidak terhad kpd paras rupa dan harta kebendaan, tetapi ada yg memilih krn rasa cinta dlm hati, kestabilan hidup, IQ, latar belakang keluarga, nilai moral & agama atau apa sahaja yg seseorg perlukan dr pasangannya yg kebanyakannya bersifat menyenangkan hati kedua belah pihak. Itu terpulang kpd persepsi masing-masing.

Yg pasti, lelaki yg aku idam-idamkan mungkin zahirnya tak sesempurna dan sebagus exes aku. Tp semestinya dia seorg lelaki yg sihat fizikal & mental, meyakinkan aku dgn masa depan yg disusun rapi, berkongsi hari-hari yg aku lalui bersamanya dgn gelak ketawa&tangis, berkongsi cita-cita & impian, mencintai ilmu (cthnya suka membaca), kuat bekerja, akal panjang dan kukuh pendirian dlm soal agama seterusnya membuatkan aku tunduk hormat kpdnya secara natural tanpa dipinta atau disuruh-suruh. Selayaknya dia sbg pembimbing bukan pemimpin ibarat kapten yg mengemudi sebuah kapal. Dia jugak bkn hanya mengikut telunjuk & kemahuanku secara membuta tuli tanpa memikirkan hati & kemampuan dirinya hingga sanggup membuat apa sahaja termasuk terjun bangunan dan mengelar tangan dgn pisau! Ibarat memandu tanpa kepala, semberono sahaja hingga terlupa adanya Pencipta yg menentukan lampu trafik samada hijau, merah atau kuning.

Aku jgk bkn budak-budak yg baru belajar erti cinta, mudah menangis dan rasa terharu bila dipujuk rayu apatah lagi 'dipertontonkan' adegan 'filem Hindustan' di mana hero menunggu heroin dlm gelap mlm basah kehujanan di depan rumahnya. Atau drama, hero tak hidup lama kerana barah otak dsbg diiringi lagu-lagu dan bermadah pujangga. Sekalipun ia satu realiti dan disokong oleh kebanyakan org! Bak kata mat saleh, "Be a man, bro!"

Aku pun tak bermasuk nak tunjuk pandai sgt or whatever yg sewaktu dgnnya, krn itu aku telah bersikap mengalah - membiarkan sahaja semuanya berlalu pergi dgn hati terluka! Dan sekarang aku hanya mampu menadah telinga tentang apa-apa spekulasi yg timbul krn org sebegitu tak tahu siapa aku atau kenapa aku begitu atau tak mahu ambil tahu langsung atau buat-buat tak tahu atau apa shj berkenaan dgn perkataan 'tahu' krn mungkin terlebih makan tauhu (kot?).

Apa-apa hal, kita tak berhak meminta org jd spt kita atau paling tidak ikut shj apa yg kita buat. Cthnya, "Aku boleh naik teksi ni kenapa kau nak tunggu jugak teksi yg lain? Nanti kalau terlepas, baru padan muka kau... Bodoh!" Ini kerana, kita mungkin mempunyai hala tuju yg berbeza. Kiranya, kau jalanlah dgn cara kau, aku jln dgn cara aku sendiri. Sekalipun Allah takdirkan aku terpaksa berjalan dlm hujan krn hikmah-Nya mungkin tak de air utk mandi di rumah, so percuma-percuma shj aku bermandikan hujan!

Yg pasti hanya Allah SWT shj Yg Maha Mengetahui dgn apa yg berlaku di dpn & di belakang kita semua. Krn itu, kita sbg hamba-Nya hendaklah akur dgn takdir-Nya biarpun sblm itu tlh tersalah naik teksi ke, terlepas teksi cantik ke, kena bayar meter lebih sbb tersesat ke, terjatuh bgn mengejar teksi ke dsbg krn kita ini bersifat BAHARU - sentiasa menghadapi dan belajar perkara baru utk menjadi insan-Nya yg tabah dan beriman. Itupun sekiranya kita tahu utk kembali ke pangkal jalan tanpa menyalahi takdir-Nya kenapa Dia jadikan begini atau begitu.

Mari kita sama-sama menghayati Suruh Kursi dan terjemahannya. Sekiranya kau org ada masalah, bykkan membaca surah tersebut. Insya-Allah, Dia akan memberi petunjuk yg sgt jelas. Wassalam...

Petikan ini adalah masterpiece aku pernah disiarkan dlm buletin Friendster pada 6 Nov 2008. Ia telah diubahsuai namun tidak keluar dr topik terdahulu. TQ

No comments:

Post a Comment