Tuesday, January 27, 2009

BP - Bergerak maju...

Kenapa aku masih berada di daerah ini lagi - Batu Pahat (BP)? Sedangkan aku boleh memohon bertukar tempat kerja ke daerah atau negeri lain dgn mudah. Tetapi ternyata hati aku masih terpaut di sini. Dan tak mustahil sekiranya kau org yg nak melancong atau melawat BP akan merasai apa yg aku rasai kalau kau org seorg yg sempoi dan kuat makan.

"Apa yg ada kat BP ni? Setakat Summit, BP Mall dan Carrefour, di KL, Melaka dan JB lagi best!"

Ops! Sorry, guys... Aku nak kongsi betapa bestnya BP bkn dgn geng kaki shopping, ya? BP, pendapat sesetengah kaki lepak, kaki ngeteh dan kaki rayau, ia adalah bandar koboi yg 'menyimpan' byk kumpulan kongsi gelap. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam... Yg pasti, selagi aku masih bernafas di sini bermakna ia sebuah daerah yg selamat! Dan sekarang, ia sedang membangun dgn pesat. Aku nampak, Balai Polis makin besar, Balai Bomba pun makin besar, Pejabat Pos makin sibuk, Summit sedang membesar dgn menempatkan bangunan hotel, hotel-hotel makin cantik, tepian Sungai BP dan jeti-jetinya di naik taraf, pasar basah makin teratur dsbg.

So, hidup aku boleh dikatakan relaxing but lively terutamanya di hujung minggu. Celik je mata, aku pergi sarapan di sebuah kedai makan Tong Ah bersebelahan pasar basah. Aku layan, lontong dgn sate, soto, roti bakar, telur 3/4 masak atau nasi ayam special dan kopi special. Jgn bimbang, kedai kepunyaan org Cina tetapi taukenya telah subkontrakkan makanan kepada penjual Muslim. Dah kenyang, barulah ada tenaga cari apa yg patut di pasar basah. Kadang-kadang, jengah sekejap kedai Omar Bajrai yg betul-betul terletak di depan Tong Ah utk membelek-belek tudung, baju kurung, blouse dan telekung terkini. Bagi penggemar barangan kemas, kebanyakan goldsmith di kawasan ini menjual dgn harga berpatutan.

Bila tekak dah haus balik, singgah sebentar di sebuah kedai mamak yg menjual cendul dan ais kacang sahaja. Kedainya satu jalan dgn Tong Ah tapi terpisah beberapa blok bangunan. Katanya, mereka telah menjual lebih 50 tahun di Malaysia. Dan mereka penjual cendol terkenal di BP kerana menggunakan santan asli, gula melaka asli, cendol homemade tanpa penambahan perisa, kacang dan pulut (bg aku ia boleh merosakkan rasa sebenar cendol).

Kemudian, round the town sampai tengahari. Perut lapar balik. So, aku pekena asam pedas di sebuah kedai (takde nama) yg terletak antara stesyen minyak BPH dan bangunan Toyota. Atau mungkin ke Ali Asam Pedas di sebelah Sungai BP (cawangannya terletak di depan BP Mall). Dah kenyang, aku akan terus balik rumah.

Petang, aku keluar lagi utk window shopping samada Summit Parade, BP Mall, Carrefour atau Primamoda. Dah penat, aku akan ke Restoran Mamak NSM atau Restoran Asam Manis yg berdekatan Primamoda. Atau mungkin aku akan layan roti canai cheese yg diusahakan oleh org Myanmar di Taman Maju.

Malamnya pulak, kadang-kadang aku mengeteh di Ramli, BP Walk. Aku pasti akan order air mata kucing dan mee siam goreng dgn taucu. Atau, aku akan ke Restoran Mamak Maryam di Jalan Rahmat (satu jalan dengan BP Walk) layan nasi lemak ayam goreng yg lazat! Kadang-kadang aku layan makan sate di kedai makan Jeng Kuan sebelah Sungai BP (penjualnya org Muslim).

Esok pagi, aku bersarapan di warung Mak Bedah dekat dgn round abaout. Warung tu memang sering dikunjungi oleh Maktok, ramai saudara-mara dan teman-teman aku. Kat situ popular dgn laksa Johor dan lontong.

Nak lunch, aku mungkin akan ke Super Baryani Power di Taman Soga atau Baryani Md. Shah di Benteng. Kat situ, yg bestnya mestilah nasi baryani!

Petang-petang, jalan-jalan menghirup udara segar hingga ke sempada BP-Pontian. Patah balik, singgah ke Rengit. Istimewanya di situ ialah, kau org boleh cari brg bundle (second hand) tak kira baju sehingga peralatan kegunaan utk rumah dan barang antik. Dan, sah-sah kat sini adalah org-org Jawa. So, soto dan sup yg dijual di sini pasti sedap. Kat sini tempat makan yg best ialah Warung Milo dan Warung Keliwon. Ada lagi satu, di Senggarang tapi aku tak berapa pasti nama kedainya. Atau aku akan layan kerang goreng sambal di sebuah warung tepi laut (bukan pantai sbb kat sini adalah perkampungan nelayan) di Sungai Lurus tak jauh dari Senggarang.

Kat Bp ada jugak gerai makan yg da klas.. seperti Secret Recipe di Jln Rahmat, Dagan Cafe (mesti cuba! sebab ownernya org BP) di BP Mall dan Carrefour, Pumpkin berdepan The Store di Jln Rogayah, Old Town di BP Mall dan Carrefour, Boston di Square One (baru dibuka, bergabung dgn Carrefour) dan Bisik-Bisik di Parit Raja. Atau nak layan tomyam yg lazat di Ceria Maju sebelah jambatan BP dan Restoran U depan kilang Sharp. Kat Restoran U ni makanannya memang sedap gila spt tomyam (mestilah...), kangkung goreng rangup, siakap tiga rasa, sotong/udang goreng butter tapi harganya pun ehem.. ehem.. jugak, kiranya standard makan kat hotel..

So, lengkaplah perjalanan 2 hari 1 malam kau org dgn 'jln-jln kuat makan' di BP. Apa-apa hal, aku suka BP kerana aku rasa tenang di sini, tapi tak outdated, dan akulah Minah Impak Maksima di sini! Hehehe.... Nak shopping sakan barulah pg KL, JB atau Melaka. Dgn tinggal di sini jugak, aku dapat control duit belanja (but lately I seem could not to avoid to be spendthrift bcoz so many hot things to buy in here!). Above of all, aku telah 'kerana cinta, aku kembara' di BP... hehehe...

Who those wanna take a meaningful journey in BP, bolehlah tanya aku utk cari tempat makan yg best di sini... Anyway, warmly welcome to BP!

2 comments: