Tuesday, June 16, 2009

Alpokat oh Alpokat!


Aku baru je ikut balik bercuti ke kampung Abg Besar di Selat Panjang, Indonesia. Selat Panjang merupakan sebuah daerah dalam gugusan Kepulauan Riau. Kebanyakan penduduk di sini beragama Islam dan terdiri daripada kaum Melayu, Jawa dan Cina (aku tak nampak org India). Kat bawah ni aku ada letak peta sebab ada kawan aku tanya kat mana Selat Panjang ni dalam peta dunia (ceh! sampai mcm tu sekali).
Kat sini aku ibaratkan macam 'pekan selamba' disebabkan penduduknya yang tersangat santai gaya hidup mereka. Pengangkutan utama di sana ialah motosikal yg mereka panggil 'honda' meskipun terdapat beberapa jenis jenama motosikal lain! Selain itu, pengangkutan awam di sana ialah beca. Bukan sahaja jenis beca basikal, tetapi beca bermotosikal pun ada agar cepat sampai. Jadi, jalan utama di sana kecil berbanding jalan utama di tempat kita. Namun begitu, keadaan sgt meriah biarpun tiada Mat-mat serta Minah-minah rempit di jalanan. Pembonceng juga perlu banyak kali membunyikan hon untuk meminta laluan tak seperti di sini; hon bila kita rasa marah kepada pemandu lain! Sesiapa yg mempunyai kereta pula, lebih kepada hiasan di rumah semata-mata dek kerana terlalu banyaknya motosikal di jalanraya sehingga sukar utk memandu kereta. Tambahan pula, kereta hanya mampu dimiliki oleh doktor dan pekerja bank di sana, dan bilangannya boleh dikira dgn jari.
Bermula matahari terbit sehingga lewat 2 pagi, daerah ini tidak sunyi dgn bunyi motosikal. Kaum perempuannya tersangat aktif. Selain merupakan golongan peniaga di pasar Selat Panjang, mereka juga aktif bersosial seperti bermain bola tampar & tenis, melepak di warung-warung bersama teman-teman, berkunjung ke rumah jiran tetangga hingga lewat petang. Malam pun masih ada lagi yg berkunjung di rumah jiran!
Kat sana ada beberapa buah sekolah. Pelajar-pelajarnya memakai uniform yg berbeza-beza mengikut peraturan sekolah. Yg buat aku tersenyum, pelajar perempuan Muslimah memakai tudung yg sgt glamer di sana yg turut menular di negara kita, fesyen tudung Ekin Mawi. Kalaulah pelajar kita pakai tudung mcm tu, alamatnya didenda atau disuruh pulang rumah & tukar tudung. Tapi praktikal jgk tudung mcm tu sbb tak perlu diseterika! Ada jugak sekolah yg memakai kemeja batik Indonesia. Warna biru utk sekolah Muslim dan warna merah utk sekolah non-Muslim. Rasanya inilah cara pemerintah mereka mengekalkan identiti negara mereka.
Selain mempunyai beberapa buah masjid (surau pun mereka gelar masjid!), kat sana pun ada beberapa buah gereja dan tokong bagi menghormati kebebasan beragama penduduk. Bahasa utama, bahasa Melayu Indonesia. Kalau kau org nak tau, Selat Panjanglah tempat lahirnya Bahasa Melayu yg pertama di dunia.
Yg bestnya berkunjung ke sana ialah shopping tudung, kain lace, jubah manik, pakaian lelaki, beg dsbg. Ada sebuah bangunan pasar ibarat Pasar Payang di Terengganu cuma jualannya berada di tingkat paling bawah sekali je. Memang rambang mata dibuatnya apalagi harganya teramat murah. Kiranya kalau bawa duit RM1000 dan ditukar dgn duit sana, boleh beli stok tudung satu tahun! Dan kat sana ada sebuah kedai barangan berjenama (tetapi auta punya) namun begitu kualitinya lebih baik berbanding barangan auta yg biasa kita lihat di pasar-pasar malam. Aku telah membeli sebuah beg yg diperbuat drpd kulit yg berjenama ****** dgn harga yg tersgt berpatutan! Oh, kedai tu namanya Sogo (mcm Sogo KL la plk...).
Di sana kau org jgn bimbang tentang penginapan krn ada 2 buah hotel yg aku kira 3 bintang punyalah. Ataupun kau org boleh cari travel agency yg boleh bawa kau org berkunjung ke sana.
Ok, skrg tibalah masanya aku citer ttg makanan&minuman best2 kt sana. Buat pertama kalinya aku minum es alpokat (ais alpokat). Alpokat adalah sejenis buah yg glamer yg byk ditanam kt sana. Nama omputihnya ialah avocado... hahahai! Sedap beb. Buah ni murah kt sana dan tersgt byk khasiatnya (kau org bley baca sendiri kt Wikipedia). Rasanya mcm butterscotch. Utk mengadun air ni,kau org kena dptkan isi alpokat@avocado,tambah gula merah secukup rasa,susu cair,sedikit perahan lemon/limau dan bbrp ketul ais. Blend kesemuanya & tabur ngn milo. Pergh! teringat2 dibuatnya.. Sempatlah aku membeli 2 biji alpokat dr sana utk buat sendiri es alpokat di rumah aku di BP. Bijinya aku simpan utk dibuat benih kt kampung aku nnt. Pokoknya nnt sebiji macam pokok rambai. Selain sedap diminum, alpokat ni boleh dibuat masker muka (bagus utk haluskan kulit) & suburkan rambut. Makanan best kt sana tempe la..apalagi! Makan nasi lemak ada tempe, makan nasi putih ada tempe, makan nasi ayam penyet ada tempe... Nsb baik mkn bakso tak de tempe. Kalau ada jgk aku memang 'tabik spring' btl ngan org2 kt sana sbb tempe yg diperbuat drp kacang soya kaya dgn protein yg boleh menguatkan daya ingatan! Tempenya mmg fresh tak macam tempe kita,kdg2 dh tengik pun masih dijual di kedai.
Nanti aku downloadkan gambar2 di sana. Adios

Wednesday, June 10, 2009

Dokter Cinta

Naper laa hari ni aku layan lagu2 lama ni, eh? Ok, ni sebenarnya kesinambungan lagu 'Mahu Yang Besar' (eceh, pandainya aku plan satu sinetron... ;) ). Actually bila aku terdengar lagu ni, aku teringat 2 orang mamat ketika lagu baru nk ngetop (terspeaking Indon laa plk...). Bkn nk buka pekung di dada, buka citer lama dsbg. Tp sbg satu ukuran utk teman2 terutamanya lelaki2 perasan. Aku knl mamat2 ni tak lama. Mamat yg pertama memang ada rupa dan pandai berniaga. Tapi, ada selekeh skit laa.. Bkn anak org kaya pun. Berniaga pun brg2 biasa, bkn korporat punya dan ala2 hdp 'merempat' sbb asik suruh aku je amik dia klo nk kuar n kadang2 aku yg kena belanja! Tp yg malasnya, dia rajin komplen ttg imej aku secara x berdiplomatik. Especially suruh aku diet bg kurus. Kira torture la kepala ni dibuatnya, x cermin diri sendiri yg selekeh tu. Maklumlah, ex gf dia dulu orgnya cantik, kurus & tinggi lampai cam model, tp lari ikut pakwe baru kerja lawyer (tu pun x nk amik iktibar). Aku? Huhuhu... Lipstik pun x reti beli masa tu!
Mamat kedua plk, orgnya x hensem tp smart krn itu dia bley tahan glamer.. Ramai pompuan gilerkn dia. Pun bkn anak org korporat tp dengarnya bapak dia byk kebun. Masa time kawan ngn aku, baru beli kereta besar. So modalnya bawa kereta dia yg perasan cm besar sgt tp belanja makan kt warung2 biasa. Yg tak bestnya lagi, dh ada pompuan lain rupanya. Putih gebulah bini dia (dah kawin dh...) kalah aku yg comot ni. Bak kata sorang bestfriend aku, aku ni ibarat dijadikan perbandingan dgn yg satu lagi. Tp sekarang aku tgk mamat ni makin selekeh je x mcm zaman glemer dia n kereta besar yg dibangga2kan sgt tu dh byk kemek2.. Tak mampu nk repair ke, bang? Hahahaha...
So, korang kaum lelaki ni jgn marah2 kt aku pasal lagu 'Mahu Yang Besar' tu. Lelaki pun ada impian, klo ada peluang memang nk cari pompuan putih gebu, tinggi lampai, bergaya dsbg dgn modal rupa kacak dan kereta yg konon2 cm best bg kilat hari2. Tapi klo pompuan start mintak itu ini korang bising mcm korang xde angan2.. Apa2 hal, klo korang pening, layan songword di bawah..
Mama tolonglah
aku sedang bingung
pusing kepala ku memikirkan dia
aku yang selalu terus disakitinya
dia tak tampan
tak juga rupawan
dia tak juga bergelimang harta
tetapi mengapa
gayanya seperti superstar
Mama mama mama
tolonglah aku yang sedang bingung
ku rasakan virus-virus cinta
ku butuh dokter cinta
Papa papa papa
ini kah yang dinamakan cinta
mengapa sakit yang ku rasakan
ku butuh dokter cinta
Oh mengapa ini harus terjadi kepada aku yang mencintaimu
Oh celaka jika lelaki seperti kamu sudah tak setia
Oh mengapa ini harus terjadi kepada aku yang mencintaimu
Oh celaka jika lelaki seperti kamu sudah tak setia
Mama mama mama
tolonglah aku yang sedang bingung
ku rasakan virus-virus cinta
ku butuh dokter cinta
Papa papa papa
inikah yang dinamakan cinta
mengapa sakit yang ku rasakan
kubutuh dokter cinta
Oh papa
tolonglah aku
laki-laki yang seperti apa lagi
yang begini saja sudah menyakitkan hati
Oh mama
tolonglah aku
perempuan mana yang tak sakit hati
bila sang kekasih
tak jadi kekasih hati
ku butuh dokter cinta
So, girls... Klo ada pakwe2 yg mcm aku pnh kenal tu, baik tinggalkan je klo xde perubahan positive dlm diri mereka n lagi suka insult@menghina diri korang je kejanya. Cari pacaran biar lambat asal bahagia! Bak kata Abg Besar aku, cari lelaki jgn tanya apa yg dia ada. Tapi tanya projek (kerjaya) apa yg sedang dan akan dia lakukan utk masa depan yg cemerlang, gemilang & terbilang (eceh!). Adios

Mau Yang Besar!!

WOW! Lagu ni dah lama aku dengar, baru teringat nk share. Memang meremang bulu roma pacar2 di sana, yah? Tp, inilah kenyataannya, kebanyakan wanita mmg nk yg besar2 aje.. Aku plk dpt Abg Besar... Hahahaha! Layan...
Hey sebelum engkau mulai menggoda
mestilah sedar apa yang ku mahu
dari jelinganmu
aku sudah tahu
apa yang bermain di dalam fikiranmu
aduh kau nakal sungguh
tapi ku mengerti
kerna kau lelaki
dan aku wanita yang semua mahu miliki
tunggu sebelum itu
harus dengarkan dulu
yang diminta
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang tuk ku berbelanja
aku mahu impian besar
engkau mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja
apakah kau mampu
memuaskan hatiku
cukup layak tak atau hanya buang waktu
aku mahu kau jujur
harus ingatlah slalu
yang diminta
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang tuk ku berbelanja
aku mahu impian besar
engkau mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja
jika kau berani
buktikan kau lelaki
dengarkan dulu yang diminta
Geleng bang... Jgn x geleng kepala tu... :)