Tuesday, January 27, 2009

Lagu Untukmu by Meet Uncle Hussein

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
* Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
(ulang *)
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa?hoa?.hoa?..
(ulang *)

Tanpa Had!

Pernah tak kau org belek-belek majalah dan menatap kecantikkan model dan artis dgn gaya, style dan fesyen terkini dr hujung rambut ke hujung kaki? Pasti hati akan terdetik, “wah, cantiknya dia ni…”

Kelmarin aku pergi perm dan buat hair spa di sebuah saloon di bandar BP. Ini kali kedua dalam hidup aku perm rambut. Tiba-tiba seorang teman yg tlh lama aku tak ketemui menghantar SMS. Dia tanya aku tgh buat apa. So, aku beritahulah yg aku sedang buat rambut. Kemudian dia balas dengan nada cynical, “nak buang tudung la tu..”

Aku akui, ada di antara kita terutamanya kaum wanita menghadkan keinginan diri kerana agama, adat dan tradisi serta kepercayaan. Kadang-kadang terlalu ekstrim. Contohnya, perming atau rebonding rambut. Tak semestinya wanita yg bertudung tidak boleh melakukannya dgn alasan bertudung, tak ada org yg tgk seterusnya membazirkan wang shj. Pada mulanya, aku pun berfikiran begitu. Tetapi, bila aku dah mencuba sekali, aku rasa puas! Aku rasa aku nak cantik sebab aku nak tgk diri aku cantik di depan cermin. Contoh lain, membeli pakaian dalam yg fancy dan berharga atau pakaian basahan biarpun hanya di rumah. Ada yg kata, “kau bujang lagi, sapa nk tgk?” Jawapannya, diri sendiri! Jgn buatkan penampilan diri kita buruk dgn pakaian compang-camping biarpun di depan kaca mata sendiri. Buat hati kita respect pada diri kita biarpun tiada siapa yg nak tgk seterusnya nak rasa respect apa yg kita buat.

Aku tak suruh pun kau org nak kena melawa dan membazirkan wang setiap masa. Tetapi cukuplah sedap mata memandang dgn barangan mengikut kemampuan diri masing-masing. Sekurang-kurangnya, kalau ada orang datang bertandang ke rumah, tak adalah yg anggap kita ni pembantu rumah kerana berpakaian lusuh dan berbau ketiak masam! Contoh-contoh lain yg kita kena titik beratkan:
  1. Konsep bilik tidur (Bali, kontemporari, moden, hi-tech dsbg)
  2. Buat body spa (samada buat sendiri atau mendapatkan perkhidmatan spa salon)
  3. Buat manicure&pedicure
  4. Koleksi perhiasan diri (earring, necklace dsbg)
  5. Koleksi khas pakaian di rumah

Kalau kau org nk tau, amalan memuaskan hati sendiri ini dah lama dipraktikkan oleh kebanyakan wanita berbangsa Arab. Bila pergi jalan-jalan di luar, bertutup litup serba hitam hingga berpurdah. Tetapi bila di rumah sendiri, masya-Allah… Gaya dia orang mengalahkan superstar! So teman, hargailah diri kita sendiri dulu. Itu adalah motivasi diri yg terbaik. Wassalam..

Dia?

Aku mungkin menjawab teka-teki dlm hati aku sendiri dan mungkin dlm masa yg terdekat. Ini kerana aku realistik dan tak mudah putus asa dlm mencari siapa dia orgnya - lelaki yg aku cari-cari selama ini! Aku percaya kpd ketentuan Ilahi krn bumi ini sgt luas. Bak kata seorg ustazah, "Apa yg kau bimbangkan tentang hidupmu, biarpun mereka mengata kau terlepas dan melepas. Berbaik sangkalah kpd Allah Taala bhw jodohmu kalau mungkin tidak di sini, pasti dia ada di akhirat kelak".

Dia mungkin bukan lelaki sejati & sempurna di mata org lain krn sejati & sempurna adalah subjektif. Ada org kata pasangannya sebaik-baik manusia tetapi ada org kata tidak. Ada wanita menganggap suaminya adalah lelaki sejati tetapi org lain kata tidak krn lelaki itu suka menganggur. Dan ada jugak yg menganggap pasangannya yg OKU itu kuat tetapi sesetengah dari kita menganggap sebaliknya.

Tipulah sbg manusia yg mempunyai emosi dan citarasa jgn bersifat memilih. Dan tipulah telenovela Sepanyol, cinta sejati sahaja yg dapat mengatasi segala-galanya termasuk membuat perut kita kenyang! Memang aku memilih krn kebanyakan org yg aku kenali jgk bersifat memilih. Memilih tidak terhad kpd paras rupa dan harta kebendaan, tetapi ada yg memilih krn rasa cinta dlm hati, kestabilan hidup, IQ, latar belakang keluarga, nilai moral & agama atau apa sahaja yg seseorg perlukan dr pasangannya yg kebanyakannya bersifat menyenangkan hati kedua belah pihak. Itu terpulang kpd persepsi masing-masing.

Yg pasti, lelaki yg aku idam-idamkan mungkin zahirnya tak sesempurna dan sebagus exes aku. Tp semestinya dia seorg lelaki yg sihat fizikal & mental, meyakinkan aku dgn masa depan yg disusun rapi, berkongsi hari-hari yg aku lalui bersamanya dgn gelak ketawa&tangis, berkongsi cita-cita & impian, mencintai ilmu (cthnya suka membaca), kuat bekerja, akal panjang dan kukuh pendirian dlm soal agama seterusnya membuatkan aku tunduk hormat kpdnya secara natural tanpa dipinta atau disuruh-suruh. Selayaknya dia sbg pembimbing bukan pemimpin ibarat kapten yg mengemudi sebuah kapal. Dia jugak bkn hanya mengikut telunjuk & kemahuanku secara membuta tuli tanpa memikirkan hati & kemampuan dirinya hingga sanggup membuat apa sahaja termasuk terjun bangunan dan mengelar tangan dgn pisau! Ibarat memandu tanpa kepala, semberono sahaja hingga terlupa adanya Pencipta yg menentukan lampu trafik samada hijau, merah atau kuning.

Aku jgk bkn budak-budak yg baru belajar erti cinta, mudah menangis dan rasa terharu bila dipujuk rayu apatah lagi 'dipertontonkan' adegan 'filem Hindustan' di mana hero menunggu heroin dlm gelap mlm basah kehujanan di depan rumahnya. Atau drama, hero tak hidup lama kerana barah otak dsbg diiringi lagu-lagu dan bermadah pujangga. Sekalipun ia satu realiti dan disokong oleh kebanyakan org! Bak kata mat saleh, "Be a man, bro!"

Aku pun tak bermasuk nak tunjuk pandai sgt or whatever yg sewaktu dgnnya, krn itu aku telah bersikap mengalah - membiarkan sahaja semuanya berlalu pergi dgn hati terluka! Dan sekarang aku hanya mampu menadah telinga tentang apa-apa spekulasi yg timbul krn org sebegitu tak tahu siapa aku atau kenapa aku begitu atau tak mahu ambil tahu langsung atau buat-buat tak tahu atau apa shj berkenaan dgn perkataan 'tahu' krn mungkin terlebih makan tauhu (kot?).

Apa-apa hal, kita tak berhak meminta org jd spt kita atau paling tidak ikut shj apa yg kita buat. Cthnya, "Aku boleh naik teksi ni kenapa kau nak tunggu jugak teksi yg lain? Nanti kalau terlepas, baru padan muka kau... Bodoh!" Ini kerana, kita mungkin mempunyai hala tuju yg berbeza. Kiranya, kau jalanlah dgn cara kau, aku jln dgn cara aku sendiri. Sekalipun Allah takdirkan aku terpaksa berjalan dlm hujan krn hikmah-Nya mungkin tak de air utk mandi di rumah, so percuma-percuma shj aku bermandikan hujan!

Yg pasti hanya Allah SWT shj Yg Maha Mengetahui dgn apa yg berlaku di dpn & di belakang kita semua. Krn itu, kita sbg hamba-Nya hendaklah akur dgn takdir-Nya biarpun sblm itu tlh tersalah naik teksi ke, terlepas teksi cantik ke, kena bayar meter lebih sbb tersesat ke, terjatuh bgn mengejar teksi ke dsbg krn kita ini bersifat BAHARU - sentiasa menghadapi dan belajar perkara baru utk menjadi insan-Nya yg tabah dan beriman. Itupun sekiranya kita tahu utk kembali ke pangkal jalan tanpa menyalahi takdir-Nya kenapa Dia jadikan begini atau begitu.

Mari kita sama-sama menghayati Suruh Kursi dan terjemahannya. Sekiranya kau org ada masalah, bykkan membaca surah tersebut. Insya-Allah, Dia akan memberi petunjuk yg sgt jelas. Wassalam...

Petikan ini adalah masterpiece aku pernah disiarkan dlm buletin Friendster pada 6 Nov 2008. Ia telah diubahsuai namun tidak keluar dr topik terdahulu. TQ

BP - Bergerak maju...

Kenapa aku masih berada di daerah ini lagi - Batu Pahat (BP)? Sedangkan aku boleh memohon bertukar tempat kerja ke daerah atau negeri lain dgn mudah. Tetapi ternyata hati aku masih terpaut di sini. Dan tak mustahil sekiranya kau org yg nak melancong atau melawat BP akan merasai apa yg aku rasai kalau kau org seorg yg sempoi dan kuat makan.

"Apa yg ada kat BP ni? Setakat Summit, BP Mall dan Carrefour, di KL, Melaka dan JB lagi best!"

Ops! Sorry, guys... Aku nak kongsi betapa bestnya BP bkn dgn geng kaki shopping, ya? BP, pendapat sesetengah kaki lepak, kaki ngeteh dan kaki rayau, ia adalah bandar koboi yg 'menyimpan' byk kumpulan kongsi gelap. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam... Yg pasti, selagi aku masih bernafas di sini bermakna ia sebuah daerah yg selamat! Dan sekarang, ia sedang membangun dgn pesat. Aku nampak, Balai Polis makin besar, Balai Bomba pun makin besar, Pejabat Pos makin sibuk, Summit sedang membesar dgn menempatkan bangunan hotel, hotel-hotel makin cantik, tepian Sungai BP dan jeti-jetinya di naik taraf, pasar basah makin teratur dsbg.

So, hidup aku boleh dikatakan relaxing but lively terutamanya di hujung minggu. Celik je mata, aku pergi sarapan di sebuah kedai makan Tong Ah bersebelahan pasar basah. Aku layan, lontong dgn sate, soto, roti bakar, telur 3/4 masak atau nasi ayam special dan kopi special. Jgn bimbang, kedai kepunyaan org Cina tetapi taukenya telah subkontrakkan makanan kepada penjual Muslim. Dah kenyang, barulah ada tenaga cari apa yg patut di pasar basah. Kadang-kadang, jengah sekejap kedai Omar Bajrai yg betul-betul terletak di depan Tong Ah utk membelek-belek tudung, baju kurung, blouse dan telekung terkini. Bagi penggemar barangan kemas, kebanyakan goldsmith di kawasan ini menjual dgn harga berpatutan.

Bila tekak dah haus balik, singgah sebentar di sebuah kedai mamak yg menjual cendul dan ais kacang sahaja. Kedainya satu jalan dgn Tong Ah tapi terpisah beberapa blok bangunan. Katanya, mereka telah menjual lebih 50 tahun di Malaysia. Dan mereka penjual cendol terkenal di BP kerana menggunakan santan asli, gula melaka asli, cendol homemade tanpa penambahan perisa, kacang dan pulut (bg aku ia boleh merosakkan rasa sebenar cendol).

Kemudian, round the town sampai tengahari. Perut lapar balik. So, aku pekena asam pedas di sebuah kedai (takde nama) yg terletak antara stesyen minyak BPH dan bangunan Toyota. Atau mungkin ke Ali Asam Pedas di sebelah Sungai BP (cawangannya terletak di depan BP Mall). Dah kenyang, aku akan terus balik rumah.

Petang, aku keluar lagi utk window shopping samada Summit Parade, BP Mall, Carrefour atau Primamoda. Dah penat, aku akan ke Restoran Mamak NSM atau Restoran Asam Manis yg berdekatan Primamoda. Atau mungkin aku akan layan roti canai cheese yg diusahakan oleh org Myanmar di Taman Maju.

Malamnya pulak, kadang-kadang aku mengeteh di Ramli, BP Walk. Aku pasti akan order air mata kucing dan mee siam goreng dgn taucu. Atau, aku akan ke Restoran Mamak Maryam di Jalan Rahmat (satu jalan dengan BP Walk) layan nasi lemak ayam goreng yg lazat! Kadang-kadang aku layan makan sate di kedai makan Jeng Kuan sebelah Sungai BP (penjualnya org Muslim).

Esok pagi, aku bersarapan di warung Mak Bedah dekat dgn round abaout. Warung tu memang sering dikunjungi oleh Maktok, ramai saudara-mara dan teman-teman aku. Kat situ popular dgn laksa Johor dan lontong.

Nak lunch, aku mungkin akan ke Super Baryani Power di Taman Soga atau Baryani Md. Shah di Benteng. Kat situ, yg bestnya mestilah nasi baryani!

Petang-petang, jalan-jalan menghirup udara segar hingga ke sempada BP-Pontian. Patah balik, singgah ke Rengit. Istimewanya di situ ialah, kau org boleh cari brg bundle (second hand) tak kira baju sehingga peralatan kegunaan utk rumah dan barang antik. Dan, sah-sah kat sini adalah org-org Jawa. So, soto dan sup yg dijual di sini pasti sedap. Kat sini tempat makan yg best ialah Warung Milo dan Warung Keliwon. Ada lagi satu, di Senggarang tapi aku tak berapa pasti nama kedainya. Atau aku akan layan kerang goreng sambal di sebuah warung tepi laut (bukan pantai sbb kat sini adalah perkampungan nelayan) di Sungai Lurus tak jauh dari Senggarang.

Kat Bp ada jugak gerai makan yg da klas.. seperti Secret Recipe di Jln Rahmat, Dagan Cafe (mesti cuba! sebab ownernya org BP) di BP Mall dan Carrefour, Pumpkin berdepan The Store di Jln Rogayah, Old Town di BP Mall dan Carrefour, Boston di Square One (baru dibuka, bergabung dgn Carrefour) dan Bisik-Bisik di Parit Raja. Atau nak layan tomyam yg lazat di Ceria Maju sebelah jambatan BP dan Restoran U depan kilang Sharp. Kat Restoran U ni makanannya memang sedap gila spt tomyam (mestilah...), kangkung goreng rangup, siakap tiga rasa, sotong/udang goreng butter tapi harganya pun ehem.. ehem.. jugak, kiranya standard makan kat hotel..

So, lengkaplah perjalanan 2 hari 1 malam kau org dgn 'jln-jln kuat makan' di BP. Apa-apa hal, aku suka BP kerana aku rasa tenang di sini, tapi tak outdated, dan akulah Minah Impak Maksima di sini! Hehehe.... Nak shopping sakan barulah pg KL, JB atau Melaka. Dgn tinggal di sini jugak, aku dapat control duit belanja (but lately I seem could not to avoid to be spendthrift bcoz so many hot things to buy in here!). Above of all, aku telah 'kerana cinta, aku kembara' di BP... hehehe...

Who those wanna take a meaningful journey in BP, bolehlah tanya aku utk cari tempat makan yg best di sini... Anyway, warmly welcome to BP!

Ujian atau Petunjuk

Pernah tak kau org mencuba utk mencapai apa yg kau org mahukan? Dlm proses tersebut, mesti byk benda berlaku, kan? Dan dlm pd ketika kau org mencuba, kadang kala kau org lupa sensitiviti perasaan org sekeliling, tak kiralah dari segi percakapan, sikap serta tingkah laku.

Bila dah berjaya, mesti kau org kata dgn bangganya bahawa perkara-perkara yg berlaku itu adalah ujian. Lepas itu, mungkin kau org panjatkan kesyukuran dgn pelbagai cara. Cthnya, menderma kpd anak-anak yatim, puasa sekian-sekian hari atau bulan atau apa shj (bkn bernazar sehingga boleh menggadaikan nyawa spt terjun kolam buta atau membotakkan kepala sampai licin!). Tp, apa-apa pun, nazar kau org itu jgnlah dihebah-hebahkan, nanti mcm menunjuk-nunjuk pulak. Tapi, kalau tak berjaya kebanyakan kau org mesti akan kata, "Padanlah byk benda berlaku... Rupa-rupanya Allah nak bagi petunjuk bahawa itu bkn rezeki aku.. Cis! Buang masa je aku korbankan segala-galanya!"

Ini bermakna kau org masih dangkal dan sewel dgn apa yg kau org kerjakan utk merealisasikan impian masing-masing samada dgn cara yg betul atau sebaliknya. Tak kiralah, main larung je, janji usaha tangga kejayaan. Sehingga kau org lupa kadang-kadang usaha tangga kegagalan. Apatah lagi sekiranya impian di puncak tinggi cthnya artis sengal berangan nak kawin dgn anak raja... (lu pikirlah sendiri sapa orgnya!).

So, sebelum kau org penat-penat berusaha mengejar benda yg tak pasti di mana kalau gagal kau org boleh tergolong dlm golongan org tak centre dgn mencederakan diri sendiri, seterusnya menyalahkan mana-mana pihak atau sanggup mempertikaikan takdir Allah, buatlah ibadah yg dapat meyakini tindakan kau org itu nanti. Cthnya, meminta petunjuk dr-Nyadgn bersolat iskharah, solat hajat, solat tahajud, solat taubat dsbg. Yelah, disamping meminta petunjuk awal, kau org jugak sudah ada pendinding utk menerima segala kenyataan yg pahit-pahit. So, takdelah menggelabah soot sampai menggigil cam malaikat maut dtg menjemput.

Dan jgn lupa, dlm pd kau org sibuk membina astana impian, ingat-ingatlah org sekelilingyg mungkin 'makan hati berulam jantung'. Dan seterusnya, jgn jadi org bodoh. Yelah, mana tau gagal mesti kau org tak salah diri sendiri ibarat 'tak mengaku buang air tgh jln' (sedangkan org tau dia yg buat!) hingga sanggup bersumpah laknat. Yg terakhir, jgn jadi org yg gelojoh bak 'yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran'.

Aku menulis bukan kerana aku dah pandai sgt, tp itulah yg pernah aku lalui dan berharap menjadi iktibar kpd kau org supaya tidak membelakangkan ketentuan Ilahi walaupun nampak mustahil nak terjadi (kegagalan). So, tepuk dada tanyalah Yang Esa..

Doa : Agar bebas dr lilitan hutang dan penindasan org lain

Ya, Allah! Aku berlindung kpd-Mu dr kesedihan dan kesusahan, dr sifat lemah dan kemalasan, sifat pengecut dan kikir (kedekut), serta lilitan hutang dan penindasan org... Amin!

Cuba dengar..

I really feel bad when I heard this song becoz I'm not good enough for someone as a friend. may be some of u feel the same.. :(

Faizal Tahir - Cuba

cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…padamu
cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
siapa
sebenarnya aku padamu
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…
maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku
ooh..oh..
siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku… (siapa)
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…padamu
padamu
So, SORRY is the best word that I could say..

Iqra' : Ops! Batal...

Kita selalu memberatkan perkara-perkara seperti batal solat, batal puasa, batal wuduk, batal niat dan batal segala macam ibadah harian kita. Tapi, tahukah kalian ada satu lagi perkara yg membatalkan segala ibadah kita termasuk membatalkan kita sebagai seorang Muslim? Ini yg aku nak kongsi dgn kau org yg jarang-jarang baca buku tetapi rajin benar melayari Friendster heheh… jgn marah! Ini hakikat yg kalian cuba nafikan ;).Aku baru je baca buku setebal 63 muka surat tetapi padat dgn ilmu sebenar. Ia bertajuk ‘10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik’ yg disalin drp kuliah oleh seorg mufti yg tidak asing lagi, Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Aku yakin semua Muslim tahu apa itu tauhid, akidah dan syirik. Tauhid ialah percaya kpd Allah Taala dan apabila dah percaya Allah itu satu maka kita akan percaya bahawa kita ada akidah. Kita juga akan menjauhi syirik iaitu tidak menyembah selain Yg Esa (cth berhala dsbg).
Namun begitu ada beberapa lagi perkara selain syirik yg juga boleh membatalkan syahadah kita. Pertama sekali sblm kita explore perkara-perkara yg membatalkan keimanan kita ialah, salah faham terhadap aqidah itu sendiri. Kita percaya Allah itu satu dan kita pun kata dengan kepercayaan itu kita telah beriman dgn-Nya. Tapi, kita jgn lupa org-org Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha juga percaya Allah itu juga Tuhan mereka. Jadi, mereka pun kata seperti kita bahawa mereka telah beriman. So, apa bezanya kita dengan mereka? Kalau begitu, kebanyakan umat manusia di dunia ini telah beriman (?). Biarpun kita mengakui Allah Taala itu pencipta, penguasa dan pemberi rezeki, hakikatnya ia tidak membawa sebarang makna pun atau belum cukup mengatakan kita beriman. Allah SWT menjadikan kita dgn fitrah mencari cinta. Cinta kpd Penciptanya, cinta kpd ibu bapa, cinta kpd suami atau isteri, cinta kpd anak-anak, cinta kpd org yg rapat dgn kita dan sbgnya. Seperti lagu Ning Baizura, kerana cinta aku mengembara.. Jadi fitrahnya manusia juga akan mencari siapa Penciptanya yg sebenar. Setelah jumpa bahawa Allah SWT itu satu-satunya, maka kita akan mulai dgn penafian menyebut Laa - TIDAK ADA dan Illa - KECUALI/MELAINKAN. Atau lebih jelas lagi Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah.. (remind me if my spelling incorrectly). Dan lafaz ikrar inilah yg ditolak oleh Abu Jahal krn bukan dia tak percaya Allah Taala tetapi dia ingin berkongsi pengabdian dirinya itu kpd selain drp-Nya - kekuasaannya, makhluk-makhluk yg lain, kepentingan dirinya dan segala bentuk yg menyaingi kebesaran Allah SWT seterusnya dia menolak dakwah Rasulullah. Contoh lebih mudah David Copperfield beragama Kristian, bkn dia tak percaya kpd Allah tetapi dlm masa yg sama dia ingin berkongsi kebesaran-Nya dgn selain daripada Allah Taala. Ini yg ingin aku sampaikan bahawa akidah Islam yg krg kita fahami dgn melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan Islam. Nampak simple, tapi itulah yg kebanyakan dr kita mengabaikannya.
Sepuluh perkara yg membatalkan keahlian kita sebagai Mukmin ialah :
1. Syirik - iaitu mempersekutukan, menyamakn sesuatu dgn Allah SWT dr segi kebesaran-Nya, keagungan-Nya, kedaulatan-Nya, sifat-Nya, nama-Nya dan apa sahaja perkara menandingi-Nya atau melebihkan sesuatu dgn-Nya. Ini bermakna syirik tidak terhad kpd penyembahan berhala, amalan sihir dsbg. Antara perkara-perkara syirik ialah :
- Percaya kuasa selain kekuasaan Allah
- Menghalal dan mengharamkan apa yg telah ditetapkan oleh-Nya.
- Mengetahui ghaib - cthnya mengikut ajaran Ayah Pin dgn menganggap dia mengetahui apa-apa sahaja (kuasa meramal)
- Tangkal dan mentera
- Sujud kpd selain Allah Taala
- Mengagungkan seseorg scr keterlaluan cthnya kpd wali dan syeikh.
- Faham wahdatul wujud - iaitu percaya kononnya manusia apabila sampai kpd maqam tertentu (cth maqam wali-wali) maka mereka boleh bergabung dgn Tuhan. Ini bererti dia telah menyamakan Allah dgn makhluk ciptaan-Nya.
- Menyeru di kubur Wali
- Menyamakan undang-undang Allah dgn undang-undang ciptaan manusia. Ini serupa dgn menyamakan ilmu Allah dgn ilmu manusia.
- Ikut guru tak ikut Rasul sehingga sampai mengatakan, “Saya ikut nasihat guru saya kerana ia juga lebih baik atau sama baik dgn nasihat Rasulullah”.
- Syak iaitu selalu meragui kekuasaan-Nya.
2. Menggunakan perantara cth memohon rezeki dan kesejahteraan hidup melalui org-org yg dianggap alim. Sedangkan kita boleh berdoa dan meminta terus kpd-Nya.
3. Enggan mengkafirkan org yg jelas musyrik krn melakukan perkara yg mempersekutukan Allah Taala dan menganuti agama lain selain Islam. Namun ini tak bererti kita perlu memusuhi mereka tanpa sebab nyata melainkan mereka melakukan kezaliman kpd kita dan umat Islam yg lain.
4. Yakin kpd yg lain cthnya mengatakan undang-undang Islam tlh lapuk dan ketinggalan zaman. Sedangkan kita tidak jelas dengannya krn tak tahu dan enggan mempelajarinya.
5. Membenci syariat yg telah ditetapkan oleh Rasulullah.
6. Mempersendakan Allah, kitab-kitab-Nya, Rasulullah atau ajaran Islam.
7. Mengamal serta mempercayai sihir.
8. Membantu kafir memusuhi Islam. Walaupun kita mungkin tidak bersama org-org kafir memerangi umat Islam yg lain (cthnya peperangan Israel-Palestin baru-baru ini) tetapi kita membeli barangan dr jenama sekutu mereka di mana hasil jualan mereka sbg sumbangan kpd org kafir yg menzalimi org yg seagama dgn kita. Seolah-oleh kita ‘membeli sambil menderma’ kpd org kafir.
9. Mengecualikan syariat Rasulullah. Cth, golongan tarekat kesufian yg melampau dan ajaran-ajaran sesat di mana mereka menganggap adanya manusia-manusia istimewa (spt kepercayaan golongan Syiah).
10. Berpaling dr ajaran Islam dgn tidak mempelajarinya dan tidak melaksanakannya langsung.
Dan empat perbuatan yg menyebabkan kita tergelincir atau rosak aqidah ialah :
A. perkataan
B. perbuatan
C. iqtiqad - mempersekutukan Allah Taala dan menyamakan-Nya dgn kuasa selain dr-Nya
D. syak (seperti yg telah disebutkan di atas)
So, kawan-kawan, kita mungkin di luar kesedaran ketika menyebut (dr percakapan atau cetusan hati) serta melakukan sesuatu yg boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, aku berpendapat, selalu-selalulah mengucap kalimah syahadah terutamanya sebelum tidur, sebelum melakukan ibadah spt solat dan wanita dalam tempoh haid (krn dipercayai mereka mudah dipengaruhi hasutan iblis disebabkan tidak dibolehkan mendirikan solat). Aku mungkin tak berapa arif utk menjawab soalan dari kau org krn aku pun masih belajar tp aku menerima pendapat kau org sekiranya ada utk dikongsi bersama. Wallahua’alam…

Dulu-dulu kadang kala lebih baik..

Aku bukanlah golongan anti kerajaan. Tapi aku jugak manusia biasa, yg mempunyai pendapat tersendiri. Samada nak setuju atau tak, aku tak boleh nak paksa. Dan jangan tangkap aku, eh? Ini berkaitan PPSMI yg selalu digembar-gemburkan tak berkesan. Terus terang cakap, aku dulu pun speaking berterabur, tapi berkat banyak membaca dan banyak berkursus, aku boleh la speaking baik sikit dari dulu. Becoz PPSMI I could (of course HAVE TO) polish my language, by hook or by crook! Jadi aku rasa bagi pihak pengajar, rasanya mereka tak ada problem kalau mereka rajin membuat inisiatif to improve their language kerana kebanyakan pengajar adalah golongan celik akal. Klo tak, mana boleh jd cikgu, ye tak? Mana tau, dalam masa 5 tahun akan datang, ramai pengajar speaking berabuk! So, think positively. But the point is, the students. Aku mengajar di sebuah sekolah bandar. Dan aku pernah praktikal di sebuah sekolah di ibu kota yg berjiran dgn sebuah negara yg maju di dunia. Aku tak sangka pelajar di sekolah yg pernah aku ajar dan sedang mengajar ini, mengalami kesukaran ketika mengikuti matapelajaran PPSMI. Tak kira apa bangsa sekali pun, baik Melayu, Cina dan India. Ada jugak pelajar yg hadir dr keluarga yg sgt berada pun mengalami masalah yg serupa. Jadi, tak boleh la kebanyakan dari kau org kata, masalah hanya tertumpu kpd pelajar luar bandar kerana pelajar bandar jugak 2×5. Tapi kau org boleh kata, kalau pelajar bandar pun susah nak ‘bawa’, apalagi pelajar di luar bandar (ye tak?). So, aku pernah bincangkan permasalahan ini kepada teman2 seperjuangan. Dulu-dulu, negara kita ada mewujudkan beberapa jenis sekolah. Sekolah Vernikular (Melayu, Cina, India) dan Sekolah Inggeris. Ada jugak sekolah kemahiran Vokasional seperti seni pertukangan, pertanian, jahitan, masakan dan sebagainya. Kalau sekarang diwujudkan Sekolah Wawasan, aku setuju kerana ia mengumpulkan tiga bangsa dalam satu kawasan. Namun, kesama rataan sistem mengajar cuma berbeza dari segi kecemerlangan pelajar seperti Sekolah Inggeris dan sekolah harian biasa serta terhapusnya sekolah kemahiran Vokasional, tu yang aku kurang setuju. Seolah-olah pelajar ini kita anggap sama rata sahaja tahap IQnya. Sedangkan apa yg pernah aku pelajari di maktab, kita semua dilahirkan berbeza emosi dan IQ di mana ada yg suka membaca sahaja, ada yg suka mengira, ada suka muzik, ada yg suka simulasi dan sebagainya. Jadi, pendapat aku ialah, PPSMI boleh diteruskan di mana ia diaplikasikan di semua sekolah aliran Inggeris (cth High School dan Convent), semua sekolah berasrama penuh dan beberapa Kelas Rancangan Khas di sekolah harian biasa kerana anggapan aku ialah pelajar-pelajar jenis ini celik akal dan mempunyai masa depan yg cerah. Manakala kelas-kelas biasa di sekolah harian serta jenis kebangsaan diajar dalam Bahasa Malaysia. Kemudian, wujudkan kembali sekolah kemahiran Vokasional bagi memfokuskan pelajar yg lemah dalam pembelajaran serta bermasalah disiplin di sekolah harian biasa agar mereka belajar kemahiran seterusnya memudahkan mereka mencari kerja sebaik habis belajar. Bagaimana nak bahagikan pelajar-pelajar ini? So pentadbir di sekolah rendah yg perlu bekerjasama dengan baik agar pelajar-pelajarnya dapat belajar di sekolah menengah yg betul seterusnya tak menghancurkan masa depan mereka. Sekolah rendah hendaklah mengajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Wujudkan beberapa topik mengenali terms Sains dan Matematik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Sekiranya ada pelajar yg lulus dgn cemerlang dlm Bahasa Inggeris tersebut, mereka ini boleh dihantar terus ke sekolah berasrama penuh atau Sekolah Inggeris selepas UPSR. Bagi pelajar yg lulus Sains dan Matematik tetapi lulus ’suam-suam kuku’ atau tak lulus langsung matapelajaran Bahasa Inggeris, maka mereka ini dihantar ke sekolah harian biasa. Dan pelajar yg sangat lemah dalam matapelajaran atau buta huruf, mereka diserapkan ke kelas pemulihan seterusnya masuk sekolah kemahiran Vokasional. Dengan ini, bagi pelajar berasrama penuh dan Sekolah Inggeris boleh diserap ke universiti luar negara atau antarabangsa. Bagi pelajar yg bijak Sains dan Matematik tetapi lemah Bahasa Inggeris diserap ke universiti tempatan. Dan pelajar kemahiran pula boleh diserap ke tempat kerja yg memerlukan kemahiran mereka atau sambung pelajaran mereka di institusi kemahiran tempatan. Jadi, kuranglah masalah pekerja dari universiti yg tak tau speaking, mat rempit, penganggur tak bertauliah dan sebagainya! Adakalanya Inggeris berguna, tetapi adakalanya kurang berguna terutamanya bg pelajar yg akhirnya bekerja di kilang, pelayan kedai-kedai makan tepi jalan dan sebagainya. So, dengarlah rintihan mereka ini, jgn hancurkan masa depan mereka dek kerana Bahasa Inggeris..

Hari-hari membosankan...

Sekolah aku akan renovate start akhir thn ni.yg boringnya,thn dpn skolah ni akan jd sempit.byk kelas nk kna roboh tmasuk makmal,kantin n bilik guru.sblm ni ngajar f1 n f2,nnt kna ngajar f3 plak sbb separuh dr f3 kna skola ptg.yg x bestnya,f3 ptg bdknya yg hardcore2.’meriah’ sungguh duniaku dicni nnt krn akan ‘bersilat’ hari2 dalam kelas.dhla tu,ngadap muka malaun yg akn bgelar suami thn dpn.meriahlah hdp dia sbb dh bjaya mengecewakn hdp org lain!!argh!!!!!!!!!!! Lg 1,hari tu ada ura2 skola aku menang skola cemerlang peringkat negeri n akan terima dlm rm80000 sbg imbuhan.gru2 akan menikmati pelancongan samada ke kuching,langkawi atau tmn negara.selain drp tu,setiap seorg akan terima rm300 slps raya.tp,hanya tinggal janji manis.bos aku muka kelat je sjk imbuhan yang diuar2kan dibatalkan.aku lg la,mati2 ingt dpt rm300 (aku tak kisah pun kalau tak dapat pergi jln2),tp frust menonggeng sbb aku dh ter’over’ budget masa raya hari tu.ceh seribu kali ceh..skang aku tgh kempis giler tp msh ttp maintain bergaya…(poyo je bunyinya!!).hari ini aku dlm kebosanan melampau.smlm ingtkan nak gi keja pakai baju sukan sbb nak trainning bdk netball that will be on match this friday until sunday at jb (satu lagi kepoyoan hdpku dmana masa tu rakan2 seguruan mungkin sdg enak bergolek atas katil tp aku akan ‘bergolek2′ atas padang!) bgn2 tgk luar tingkap hjn lebat.sah akan mendung sepjg hari.so,aku pun cpt2 gosok baju kebaya aku yg vogue tu.alahai!!! nasibla ada satu je seterika yg boleh diharapkan kat umah ni.kalau tak dah lama aku buang dlm tong jamban.apataknya,pg ini seterika separuh tak guna ni dah membakar baju aku dgn hati aku skali! aku sdg menaip ni,cgu2 yang cuba berlawak dgn aku skang ni hanya menerima jelingan ‘manja’ dr aku krn sesungguhnya aku betul2 takde mood hari ini! sakit perut lak tu! tapi bila fikir2 blk dalam jamban sebentar tadi,apalah sangat kebosanan aku itu…itu semua dugaan dari Allah Taala.Maknanya Dia masih sayangkan aku,so bagi peringatan spy aku tak alpa.lagila,dugaannya takde la sebesar org2 yang tinggal kat palestin,pakistan,iraq,indonesia etc…Alhamdulillah!

Iqra'

Assalamu’alaikum…Kali ni aku nak citer perihal membaca dlm hidup kita sehari-hari ni.Dulu masa zaman aku sekolah, aku antara pelajar yang suka membaca buku cerita, ensiklopedia, surat khabar n mcm2 lagi.Tapi,masa tu aku terpaksa control membaca depan mak sebab dia akan membebel aku membaca je, tak reti2 nak keluar dari bilik.Dlm sekolah rendah aku pernah dinobatkan pembaca terbanyak buku,dan pernah dilantik menjadi pustakawan adalah satu rahmat tak ternilai sebab dapat baca buku lebih byk lagi bila2 masa aku free.Cuti sekolah mak ajak aku g sekolah tempat dia bekerja utk mengunjungi perpustakaan dan aku dapat pinjam buku dgn mudah atas nama mak.Tapi syg,masuk U aku dah mula malas membaca buku.Aku baca suratkhabar pun jarang2 tp mewajibkan diri sendiri membaca surat khabar bila ke library.So, kalau tak g library,tak membaca surat khabarlah aku jwpnya.Yang aku baca ialah buku pelajaran.Kalau tak periksa,maka jarang2 lah aku buka buku2 tu.Habit aku ialah baca buku secara percuma di book store.Nak pjm buku kat library selalunya dh outdated.Lagilah masa tu aku tak berapa mengerti hala tuju hidup aku di masa depan,jadi aku keliru buku apa yg sesuai utk aku baca bertambahlah tanpa bimbingan sesiapa. Nak baca novel, aku bkn jenis org yg suka membuai perasaan.Majalah hiburan? Sorry naik lorry..Tak nak aku mengkayakan suku sakat yg meruntuhkan bangsa sendiri dgn cerita2 yg memualkan! Tiba satu masa,aku menghadiri temuduga perguruan lepasan ijazah.Kwn2 yg sama2 menghadiri temuduga sibuk mengepit surat khabar semlm semlm dan yg terkini termasuk majalah yg ’sesuai’ dgn tema perguruan.Aku? Hehehe…cuma berbekalkan liputan berita perdana di televisyen mlm smlm…Tp alhamdulillah,aku pass walaupun aku terang-terangan dh kata kt pakcik makcik interviewer tu yg aku tak bc paper semlm.Ni mungkin disbbkan aku ada talent kot jd cikgu dr airmuka yg pasrah..Cm bodoh je anggapanku itu td..hehee….Then, i want to thank to my beloved uncle, Pak Esam and his family to open back my mind to read at least a book per day.Rumah dia penuh dgn buku.Setiap ruang wajib ada rak buku yang diisi dgn buku bkn cam sesetgh rumah yg beli almari mahal2 dari kayu jati terpilih semata2 utk display pinggan mangkuk atau collection peribadi.Ini mengingatkan aku kembali angan2 ms kecil yg aku mahu mempunyai sebuah bilik yg penuh dgn buku dr dinding ke dinding sampai bertangga.Aku nk anak cucu aku asik memerap kt bilik bacaan idaman aku itu nanti bila ms terluang.Dan baru aku sedar,membaca ni bkn je utk keseronokan minda,tp bacalah utk menambah ilmu di dada tak kiralah apa jenis buku ilmiah.So sekarang aku baca buku2 yg aku rs sesuai bkn sj dr segi usia dan pekerjaan aku sekarang.Tp juga membaca minda dan pengalaman penulis atau seseorg yg aku boleh sanjungi sbg ‘org’.Membaca juga dapat menyelamatkan aku dr jurang pemisahan antara org buta ilmu dan tidak.Kita mungkin boleh berlagak yg kita lulusan universiti,atau "I can speak in English fluently.." atau "Aku dah kerja dgn gj yg best!" tp syg, kalau kita tak membaca belum tentu kita menjadi org yg keluar dr ruang lingkup keselesaan hidup bak katak bawah tempurung! Aku sedih betul ada kawan2 dan sedara2 yg belajar dah pandai tapi dek krn tak membaca buku, hidupnya ibarat sumbu tanpa api.."Aku baca kitab dan al-Quran hari2…" tapi tahu tak korang ibarat membaca yellow pages tanpa mengaksesnya? Jgn nk tipulah,korang bkn tau arab pun…Kalau tau,baguslah…Ada jugak yg snggup berhabis membaca majalah hiburan tiap2 bln..Aku tak brapa kisah sgt kalau org mcm ni dh byk bc buku lain,so bc majalah hiburan just to relax your mind.Tp ni jns org yg beli majalah hiburan tak bc buku2 lain…Sanggup berhabis pd mjlh hiburan sampai tinggi galah tp tang membeli apalagi membca buku berilmu sikit punyalah liat dan kedekut! Dan bila berborak ngan org sebigini, ya Tuhan…Bila kita ckp A dia jwp B tentang isu2 berat.Tp kalau pasal gosip artis,farah fauzana pun kalah…Hahaha!!! So kwn2,pleaselah read something everyday walau sesibuk mana pun kita.Paksa diri tu.Aku pun ms nak start blk bc buku ilmiah ni,aku paksa diri at least a page per day.Kita tak perlu baca a whole book (kalau best n berguna lain la..)..Ambil isi2 penting berpandukan subtajuk agar tak lari dari objektif buku tu.Buku2 sebegini kdg2 ada kata2 hikmahnya. So,catatkan dlm organizer atau buku note sbg ingtn agar apa yg kita bc taklah membazir akibat sifat pelupa tu…Dan satu lagi,membaca ni mengelakkan kita dari sifat pelupa dan nyanyuk! Cth terbaik, maktok dan arwah atok tak pernah nyanyuk.Lupa sikit2 tu adatlah…Rahsianya,membaca! Sekarang, dlm bilik tidur aku telah tersergam satu rak buku agar aku dapat membuat kira2 berapa byk buku aku dah bc.Aku kumpul blk buku2 ilmiah yg dulu2 nk baca tapi tak sempat.So kwn2,marilah kita membaca bersama2…

Maktokku Sayang..

Maktok..Panggilannya tak selembut nama ‘nenek’. Bila orang sebut ‘nenek’, tak semena-mena orang akan bayangkan seorang wanita tua, kurus kerepot, dengan suara yang terketar tapi penuh dengan nada kasih, berkarektor lemah lembut dan memerlukan seseorang tetapi berjiwa kental. Tapi, Maktok aku lain tak tahulah kalau maktok orang lain. Jiwanya memang kental, suaranya kental dan perawakannya juga kental. Kalau dia kata hitam, maka hitamlah jawapnya. Seorang yang gemuk gempal (dan nampaknya semakin gempal akhir2 ini), bersuara lantang, lancang dan tegas, derap kakinya saja buat aku kecut perut semasa usia masih kecil. Tapi sekarang aku terpanggil menulis kisah benar menganai Maktok dari kaca mata aku sendiri. Maktok banyak menanam sifat tegas dalam diri aku sedari kecil, bersuara lantang dan lancang, garang tapi syukur aku tak segempal Maktok (buat masa ni la…hhehehe…). Aku tak reti nak istilahkan perasaan aku terhadap Maktok ketika itu samada sayang ke, benci ke atau tak ada apa2 perasaan. Maktok rajin membawa aku pulang ke rumahnya, menolong dia mengorek rumput dalam pasu, mengecat batu bata, menyapu sampah seawal pagi. Bila tiba petang, selepas berehat sekejap, Maktok akan mengajar aku mengaji Muqadam sampai meleleh-leleh airmata dek kena sergah Maktok (kes tak pas la tu…), belajar mengira dan menulis Jawi. Lewat petang pula siram pokok Maktok dan malam tidur awal sebab Maktok pantang benar budak2 seusia ku tidur lewat menonton tv. Namun begitu, Maktok rajin memberi upah, belanja makan di bandar (tidak berpeluang bila di rumah sendiri kerana adik-beradik ramai dan kalau mak abah ke bandar mesti aku kena tinggal ) dan membawa aku ke rumah Pak Esam di KL, jadi dapat bertemu sepupuku, Apis. Tapi yang paling aku sakit hati ialah kalau Apis balik kampung, pasti Maktok akan lebihkan dia dari aku. Tilam untuk dia tidur adik-beradik aku yang bentangkan, kemudian bangun pagi aku yang gulungkan balik, pinggan dia makan aku yang cucikan, malah kebajikan dia sepanjang di kampung aku dipertanggungjawabkan. Dan kalau sesuatu terjadi pada dirinya, nahaslah aku yang kena marah dulu oleh Maktok.Bayangkan, ada sekali menjelang raya Apis dapat duit raya lebih dari Maktok di luar pengetahuanku dan selepas itu aku malas nak bertanya dengan Apis berapa duit raya dia dapat dari Maktok sebab buat sakit hati sendiri saja nanti. Nak mengadu dengan orang tua aku tak reti, kalau mengadu pun tak ada gunanya kerana adik-adik beradik yang ramai belum tentu mak dan abah ada masa nak melayan. Bila usia jejak remaja, jiwa ku memberontak . Aku tak melawan secara berdepan, tetapi secara halus dengan cara malas nak bertandang ke rumah MAktok lagi. KAlau datang pun kerana kenduri-kendara dan tiba musim durian. Walaupun aku dan keluarga telah berpindah sekampung dengan Maktok, berkunjung ke rumah Maktok adalah agenda paling terakhir yang aku lakukan dalam hidup ketika itu. Menjelang aku akan menduduki SPM, aku berhasrat nak tinggal di rumah Maktok. Entah kenapa aku temui ketenangan di sana. Ketika itu aku kenali MAktok. Dialah antara orang yang memberi aku semangat berjaga malam untuk study. Tapi result yang kurang memberansangkan membuat aku agak kecewa tapi MAktok tetap memberi semangat kerana MAktok tahu betapa aku tertonggeng tergolek study, betapa susahnya nak mendapat result yang tak seberapa tu…Mungkin doa dari Maktok aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi sehingga ijazah. Sekarang aku telah bekerja, duduk dengan keluarga dan MAktok. Namun Maktok tetap orang yang sama aku kenali walaupun sedikit uzur dan kurang upaya. Sungguh pun begitu jiwanya masih kental nak mencantikkan Astana Idamannya itu, masih garang, lantang dan lancang. Cuma kadang2 aku kasihan dengan MAktok, ada saudara-mara ku yang kurang arif tentang MAktok sanggup mengatakan Maktok ‘nyanyuk’, ‘besarkan perut’ sedangkan silap2 semasa kecil mulut2 mongel mereka itu disuapkan nasi oleh Maktok, silap2 tatkala mereka balik kampung kalau boleh Maktok nak bentang karpet merah (perumpamaan je)! Yang ada tu, sanggup meminggirkan MAktok di malam raya dek kerana tak tahan kena marah dengan Maktok. Ada pula yang baru tak sampai setahun pun duduk sekampung dengan Maktok dengan confidentnya dah ‘cukup arif dan kenal’ dengan Maktok sedangkan baru kena perli sikit dengan Maktok, terus tak jengah rumah Maktok sebulan dua. Datang pun cuma tunjuk kelibat dan ego, tapi bila perut lapar pandai pula kau mengorek periuk belanga di dapur Maktok.Eh, kau sapa hah?!! Kalau kau tak nak buat apa yang Maktok suruh boleh tak mulut kau diam dan duduk kat tempat jauh sikit dari pandangan MAktok, diam2 dan jangan sakitkan hatinya?! Kau nak Maktok berubah tapi kau lupa Maktok dah terlalu tua untuk berubah secara drastik. Apa kata kau fikirkan satu kaedah di mana kau dan Maktok tak sakit hati? Maknanya kau yang kena berubah ikut rentak Maktok, sekejap pun tak pelah! Aku bukan kata aku cucunya yang baik, sebab dari kecil pun aku tak pernah dapat layanan VVIP dari Maktok. Kadang2 pun rasa geram dengan Maktok aku melawan juga katanya..Cuma tak lama la rajuknya. Kiranya pagi kena marah dengan Maktok, petangnya aku datang juga ke rumah Maktok memandang dalam hati ini selalu berdetik Maktok orang tua yang perlu aku hormati dan kasihi kerana dia telah mengandungkan mak aku walaupun tak cukup bulan, membesarkan dan antara orang yang rapat dalam hidup mak aku. Aku dapat rasakan MAktok kasih dengan aku kalau lebih dari seminggu aku tak menjengahnya pasti dia sibuk bertanya walaupun dengan nada memperli kerana kalau Maktok berlemah-lembut dengan aku, pasti aku akan rasa pelik dan cakap dia buang tabiat pula hahaha… Kini aku rasa doa2 MAktok menjadikan aku antara orang yang berguna lebih bernilai dari duit rayanya itu! Dan Apis masih menjadi sepupu yang paling rapat dalam hidup aku kerana Maktok yang ajar aku care dia dari kecil lagi, hopefully forever..

Ujian & Ubatnya

Sesungguhnya solat dan membaca al-Quran itulah ubat yang paling mujarab jika diuji dengan ujian yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Dulu masa study aku ni taat jugak dalam bab-bab solat (alhamdulillah cukup 5, yang aku maksudkan di sini aku buat solat-solat sunat), puasa sunat dan membaca al-Quran. Lebih-lebih lagi bila nak exam dan bulan puasa. Bukan nak menunjuk dalam blog ni, tapi aku cuba nak berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan yang membaca. Start je aku bekerja, dah pegang wang sendiri dan bolehlah dikatakan hidup selesa walaupun tak mewah, aku mula lupa. Hati memang terdetik dan terkenang kelapangan aku melaksanakan ibadah. Tapi keseronokan duniawi dan bertambah pula alasan penat bekerja membuat aku berfikir tapi lupakan, berfikir lagi tapi lupa lagi…Balik kerja dah penat, lepas solat aku terus tidur. Hujung minggu kalau tak ada kerja tambahan, aku habiskan dengan tidur (sekarang masih amalkan, nanti aku beritahu alasannya), malam keluar karaoke (sorang-sorang pun aku jalan…!), kalau ada kawan-kawan aku lepak sampai lewat malam, kalau cuti panjang sikit aku pergi JB, Melaka, KL, sampai ke Kelantan, Pulau Pinang…Macam tak ada penghujungnya keseronokan aku tu sampai satu masa aku terasa ada yang hilang dalam diri aku. Bahagia! Kebahagiaan itu aku rasa makin terkikis dari diri aku. Aku cuba istilahkan bahagia itu dalam bentuk seronok yang aku cipta di dunia tapi tak jumpa. Adakah aku tak bahagia sedangkan ada ketika aku sudah berteman istimewa? Pun tidak! Beberapa kali aku mencuba, ia hilang…Bak kata orang, tak ada jodoh! Nah…itulah bahagia yang tidak kekal! Duit gaji aku pun rasanya makin tak seronok dibelanjakan. Aku buat kereta tapi aku tak bahagia walaupun kereta aku dah cantik…Kenapa? Dah 2-3 kali aku kemalangan (kecil je) dan bahagia yang cuba aku terjemahkan pada kereta aku tu pun tak kekal. Aku beli baju cantik-cantik, mekap beratus RM…Pun tak bahagia…Orang kata aku makin hari makin cantik di tempat kerja (ops…! aku bukan perasan ya, baca sampai habis dulu), tapi hati aku? Aku tak bahagia pun… Sampailah satu masa, ketika itu penangan cinta tak kesampaian, aku ambil wuduk sujud di depan-Nya setelah aku berhari-hari berendam airmata memujuk hati sendiri dan cuba mengharapkan kehadiran teman-teman di sisi. Sehabis solat, aku baca al-Quran memulakan apa yang aku terkoma bertahun-tahun! Inilah ubatnya! Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dia tetap melindungi aku dari berbuat sesuatu yang merosakkan. Dialah teman sejati yang sepatutnya aku rujuk setiap masa. Dan kini, tak apalah kalau aku patah hati angkara cinta ke, hilang kawan ke, tak cukup duit ke…Yang pasti hati aku sentiasa percaya, Allah tetap ada dengan aku dan percaya dengan janji-janjiNya…So kawan-kawan, aku bukan nak berdakwah. Tapi, cubalah sendiri… Wassalam