Tuesday, January 27, 2009

Iqra' : Ops! Batal...

Kita selalu memberatkan perkara-perkara seperti batal solat, batal puasa, batal wuduk, batal niat dan batal segala macam ibadah harian kita. Tapi, tahukah kalian ada satu lagi perkara yg membatalkan segala ibadah kita termasuk membatalkan kita sebagai seorang Muslim? Ini yg aku nak kongsi dgn kau org yg jarang-jarang baca buku tetapi rajin benar melayari Friendster heheh… jgn marah! Ini hakikat yg kalian cuba nafikan ;).Aku baru je baca buku setebal 63 muka surat tetapi padat dgn ilmu sebenar. Ia bertajuk ‘10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik’ yg disalin drp kuliah oleh seorg mufti yg tidak asing lagi, Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Aku yakin semua Muslim tahu apa itu tauhid, akidah dan syirik. Tauhid ialah percaya kpd Allah Taala dan apabila dah percaya Allah itu satu maka kita akan percaya bahawa kita ada akidah. Kita juga akan menjauhi syirik iaitu tidak menyembah selain Yg Esa (cth berhala dsbg).
Namun begitu ada beberapa lagi perkara selain syirik yg juga boleh membatalkan syahadah kita. Pertama sekali sblm kita explore perkara-perkara yg membatalkan keimanan kita ialah, salah faham terhadap aqidah itu sendiri. Kita percaya Allah itu satu dan kita pun kata dengan kepercayaan itu kita telah beriman dgn-Nya. Tapi, kita jgn lupa org-org Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha juga percaya Allah itu juga Tuhan mereka. Jadi, mereka pun kata seperti kita bahawa mereka telah beriman. So, apa bezanya kita dengan mereka? Kalau begitu, kebanyakan umat manusia di dunia ini telah beriman (?). Biarpun kita mengakui Allah Taala itu pencipta, penguasa dan pemberi rezeki, hakikatnya ia tidak membawa sebarang makna pun atau belum cukup mengatakan kita beriman. Allah SWT menjadikan kita dgn fitrah mencari cinta. Cinta kpd Penciptanya, cinta kpd ibu bapa, cinta kpd suami atau isteri, cinta kpd anak-anak, cinta kpd org yg rapat dgn kita dan sbgnya. Seperti lagu Ning Baizura, kerana cinta aku mengembara.. Jadi fitrahnya manusia juga akan mencari siapa Penciptanya yg sebenar. Setelah jumpa bahawa Allah SWT itu satu-satunya, maka kita akan mulai dgn penafian menyebut Laa - TIDAK ADA dan Illa - KECUALI/MELAINKAN. Atau lebih jelas lagi Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah.. (remind me if my spelling incorrectly). Dan lafaz ikrar inilah yg ditolak oleh Abu Jahal krn bukan dia tak percaya Allah Taala tetapi dia ingin berkongsi pengabdian dirinya itu kpd selain drp-Nya - kekuasaannya, makhluk-makhluk yg lain, kepentingan dirinya dan segala bentuk yg menyaingi kebesaran Allah SWT seterusnya dia menolak dakwah Rasulullah. Contoh lebih mudah David Copperfield beragama Kristian, bkn dia tak percaya kpd Allah tetapi dlm masa yg sama dia ingin berkongsi kebesaran-Nya dgn selain daripada Allah Taala. Ini yg ingin aku sampaikan bahawa akidah Islam yg krg kita fahami dgn melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan Islam. Nampak simple, tapi itulah yg kebanyakan dr kita mengabaikannya.
Sepuluh perkara yg membatalkan keahlian kita sebagai Mukmin ialah :
1. Syirik - iaitu mempersekutukan, menyamakn sesuatu dgn Allah SWT dr segi kebesaran-Nya, keagungan-Nya, kedaulatan-Nya, sifat-Nya, nama-Nya dan apa sahaja perkara menandingi-Nya atau melebihkan sesuatu dgn-Nya. Ini bermakna syirik tidak terhad kpd penyembahan berhala, amalan sihir dsbg. Antara perkara-perkara syirik ialah :
- Percaya kuasa selain kekuasaan Allah
- Menghalal dan mengharamkan apa yg telah ditetapkan oleh-Nya.
- Mengetahui ghaib - cthnya mengikut ajaran Ayah Pin dgn menganggap dia mengetahui apa-apa sahaja (kuasa meramal)
- Tangkal dan mentera
- Sujud kpd selain Allah Taala
- Mengagungkan seseorg scr keterlaluan cthnya kpd wali dan syeikh.
- Faham wahdatul wujud - iaitu percaya kononnya manusia apabila sampai kpd maqam tertentu (cth maqam wali-wali) maka mereka boleh bergabung dgn Tuhan. Ini bererti dia telah menyamakan Allah dgn makhluk ciptaan-Nya.
- Menyeru di kubur Wali
- Menyamakan undang-undang Allah dgn undang-undang ciptaan manusia. Ini serupa dgn menyamakan ilmu Allah dgn ilmu manusia.
- Ikut guru tak ikut Rasul sehingga sampai mengatakan, “Saya ikut nasihat guru saya kerana ia juga lebih baik atau sama baik dgn nasihat Rasulullah”.
- Syak iaitu selalu meragui kekuasaan-Nya.
2. Menggunakan perantara cth memohon rezeki dan kesejahteraan hidup melalui org-org yg dianggap alim. Sedangkan kita boleh berdoa dan meminta terus kpd-Nya.
3. Enggan mengkafirkan org yg jelas musyrik krn melakukan perkara yg mempersekutukan Allah Taala dan menganuti agama lain selain Islam. Namun ini tak bererti kita perlu memusuhi mereka tanpa sebab nyata melainkan mereka melakukan kezaliman kpd kita dan umat Islam yg lain.
4. Yakin kpd yg lain cthnya mengatakan undang-undang Islam tlh lapuk dan ketinggalan zaman. Sedangkan kita tidak jelas dengannya krn tak tahu dan enggan mempelajarinya.
5. Membenci syariat yg telah ditetapkan oleh Rasulullah.
6. Mempersendakan Allah, kitab-kitab-Nya, Rasulullah atau ajaran Islam.
7. Mengamal serta mempercayai sihir.
8. Membantu kafir memusuhi Islam. Walaupun kita mungkin tidak bersama org-org kafir memerangi umat Islam yg lain (cthnya peperangan Israel-Palestin baru-baru ini) tetapi kita membeli barangan dr jenama sekutu mereka di mana hasil jualan mereka sbg sumbangan kpd org kafir yg menzalimi org yg seagama dgn kita. Seolah-oleh kita ‘membeli sambil menderma’ kpd org kafir.
9. Mengecualikan syariat Rasulullah. Cth, golongan tarekat kesufian yg melampau dan ajaran-ajaran sesat di mana mereka menganggap adanya manusia-manusia istimewa (spt kepercayaan golongan Syiah).
10. Berpaling dr ajaran Islam dgn tidak mempelajarinya dan tidak melaksanakannya langsung.
Dan empat perbuatan yg menyebabkan kita tergelincir atau rosak aqidah ialah :
A. perkataan
B. perbuatan
C. iqtiqad - mempersekutukan Allah Taala dan menyamakan-Nya dgn kuasa selain dr-Nya
D. syak (seperti yg telah disebutkan di atas)
So, kawan-kawan, kita mungkin di luar kesedaran ketika menyebut (dr percakapan atau cetusan hati) serta melakukan sesuatu yg boleh terkeluar dari Islam. Oleh itu, aku berpendapat, selalu-selalulah mengucap kalimah syahadah terutamanya sebelum tidur, sebelum melakukan ibadah spt solat dan wanita dalam tempoh haid (krn dipercayai mereka mudah dipengaruhi hasutan iblis disebabkan tidak dibolehkan mendirikan solat). Aku mungkin tak berapa arif utk menjawab soalan dari kau org krn aku pun masih belajar tp aku menerima pendapat kau org sekiranya ada utk dikongsi bersama. Wallahua’alam…

No comments:

Post a Comment