Tuesday, January 27, 2009

Tanpa Had!

Pernah tak kau org belek-belek majalah dan menatap kecantikkan model dan artis dgn gaya, style dan fesyen terkini dr hujung rambut ke hujung kaki? Pasti hati akan terdetik, “wah, cantiknya dia ni…”

Kelmarin aku pergi perm dan buat hair spa di sebuah saloon di bandar BP. Ini kali kedua dalam hidup aku perm rambut. Tiba-tiba seorang teman yg tlh lama aku tak ketemui menghantar SMS. Dia tanya aku tgh buat apa. So, aku beritahulah yg aku sedang buat rambut. Kemudian dia balas dengan nada cynical, “nak buang tudung la tu..”

Aku akui, ada di antara kita terutamanya kaum wanita menghadkan keinginan diri kerana agama, adat dan tradisi serta kepercayaan. Kadang-kadang terlalu ekstrim. Contohnya, perming atau rebonding rambut. Tak semestinya wanita yg bertudung tidak boleh melakukannya dgn alasan bertudung, tak ada org yg tgk seterusnya membazirkan wang shj. Pada mulanya, aku pun berfikiran begitu. Tetapi, bila aku dah mencuba sekali, aku rasa puas! Aku rasa aku nak cantik sebab aku nak tgk diri aku cantik di depan cermin. Contoh lain, membeli pakaian dalam yg fancy dan berharga atau pakaian basahan biarpun hanya di rumah. Ada yg kata, “kau bujang lagi, sapa nk tgk?” Jawapannya, diri sendiri! Jgn buatkan penampilan diri kita buruk dgn pakaian compang-camping biarpun di depan kaca mata sendiri. Buat hati kita respect pada diri kita biarpun tiada siapa yg nak tgk seterusnya nak rasa respect apa yg kita buat.

Aku tak suruh pun kau org nak kena melawa dan membazirkan wang setiap masa. Tetapi cukuplah sedap mata memandang dgn barangan mengikut kemampuan diri masing-masing. Sekurang-kurangnya, kalau ada orang datang bertandang ke rumah, tak adalah yg anggap kita ni pembantu rumah kerana berpakaian lusuh dan berbau ketiak masam! Contoh-contoh lain yg kita kena titik beratkan:
  1. Konsep bilik tidur (Bali, kontemporari, moden, hi-tech dsbg)
  2. Buat body spa (samada buat sendiri atau mendapatkan perkhidmatan spa salon)
  3. Buat manicure&pedicure
  4. Koleksi perhiasan diri (earring, necklace dsbg)
  5. Koleksi khas pakaian di rumah

Kalau kau org nk tau, amalan memuaskan hati sendiri ini dah lama dipraktikkan oleh kebanyakan wanita berbangsa Arab. Bila pergi jalan-jalan di luar, bertutup litup serba hitam hingga berpurdah. Tetapi bila di rumah sendiri, masya-Allah… Gaya dia orang mengalahkan superstar! So teman, hargailah diri kita sendiri dulu. Itu adalah motivasi diri yg terbaik. Wassalam..

3 comments:

  1. salam ismaz.

    saya x nampakpun salahnya buat rambut, berdandan, menjaga dan mengupgrade kecantikan diri utk diri sendiri selagi x bercanggah dgn agama.

    biler dah buat mcm ni selalu lama2 ia akan menjadi satu kebiasaan hinggalah terbawa2 ke alam perkahwinan. suami pon suker isteri melawa ape? izmas pun kata ia utk tatapan diri ajer kan?

    alah soal berabis duit tu, org lain pon berabis jugak utk kecantikan. bulan2 beli bajulah, kasut baru lah, collect minyak wangilah dll.

    so, x salahnyer... buat jer... abg creed pon suker... hehehh :P

    cumer... 1 jer... jgn luper nanti izmas upgrade ler sekali skaf tu yer... mesti lg kiutnye... x caya cuber try.

    *maaf jika tersinggung. takdak niat puun...

    ReplyDelete
  2. mula2 biasakn diri utk tatapan sendiri.. bw sampai utk tatapan suami/isteri.. anyway, tq 4 your advise :)

    ReplyDelete
  3. oooo creeeddd...

    Hang main mata ya...!!! huhuhu...

    Aku tutup mata..haha.

    ReplyDelete