Saturday, November 14, 2009

Melahirkan Generasi Bijak Pandai!

Ini pun aku dpt lalu email:

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku Matematik dan menyelesaikan masalah Matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku Matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang Matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada Matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan Matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama . Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo , apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar Matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan matapelajaran Sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan Matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato"!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Shaken Baby Syndrome (SBS)

Ni aku dpt lalu email. Khas kpd ibu bapa, bakal ibu bapa dan semua yg ada baby di rumah:

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).
Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN:
www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
http://www.dontshake.org/

Wednesday, October 21, 2009

Kan aku dh cakap..

Malam ni aku baru jer berjaya meng'register'kan diri dlm Facebook after most of my family members & friends dh mungkin hampir bosan dgnnya. Ni gara2 aku nak menatap gambar comel Mikael laa aku register.
Actually, aku mls skit nk bg perkembangan diri yg semakin kembang ni maklumlah aku ni low profile.. (poyo jer bunyinya). Ni mungkin jgk disebabkan sejak aku kecil sampai dah mampu beli kamera sendiri, aku jarang sgt bergambar atau diambilkan gambar. Entahlah, maybe muka aku yg kurang komersial sejak dilahirkan (huhu...) & kemampuan membeli kamera (seblm pandai cari duit sendiri) amatlah terhad. Lagilah kamera dolu2 nk kena beli kamera dgn rega ratus2an tu satu hal, lps tu nk kena beli filem&bateri satu hal lagi, then nk kena cuci plk kt kedai lagi.. Huh! Masa aku sekolah dulu2, sapa2 yg ada kamera tu dh kira cam anak org senang ar.. Sebab tu utk bergambar, meng'upload' dsbg adalah sesuatu yg bkn kebiasaan bg aku. Bagaimanapun, aku amat menghargai seni bergambar lebih2 lagi gambar spontan dan gambar happy family/friends.
Dan salah satu sebab aku lambat register Facebook ni ialah sejak berbadan dua ni aku malas betul nk update tentang hidup aku. Online pun sebab baca berita terkini, tgk drama lalu YouTube (sblm dpt beli TV). tgk apa yg best kt Ebay & Mudah.com (berkaitan biz Abg Besar), baca gosip dan sekali sekala tgk resepi.
Tulah, macam aku cakap kt post aku yg lepas, anak aku tak suka layan blues kot..hehehe! Jgn marah.. Chow Cincau

Sunday, October 18, 2009

Aku ada lagi..

Aku masih wujud lagi. Entahlah, aku tak ada mood nak menulis (macam pro sgt!). Si Jenah asik dok ulang2 'Salam bagi mu,anak..'... huhuhu, poyo je minah tu. Anak aku ni tak suka layan blues kot, tu yang bolayan nak menaip.
Hari tu gi scan, aku tgk anak aku dah pandai nak 'merangkak' dlm perut laa.. Abg Besar kata, bagus tu, ada ciri2 pandai cari makan. Mudah-mudahan... Alhamdulillah aku tak ada simptom2 mabuk yg ketara cuma cepat penat di awal kehamilan dan migrain klo lambat makan. Ni mungkin penangan Salindah! So, kpd kwn2 yg baru hamil, boleh try ubat homeopati tersebut tapi sebelum itu dapatkan nasihat doktor dulu. Dan hasilnya juga, selera makan aku kemain lagi especially makan makanan Barat sehingga menimbulkan kehairanan ahli keluarga dan sejak akhir2 ni klo tak keluar kerja atau berjalan2, kaki aku mulalah cramp n pening kepala sebab asik duduk kt umah. Klo jln2 BP Mall (dan semalam berjalan di KLCC!) kiranya no hal la.. Kuat makan&jalan2 eh anak mak sorang ni?! Dan perut aku kelihatan besar semacam dan ada meneka aku mengandung anak kembar. Body figure aku tak leh kata ar.. Bak kata Erra Fazira ketika selepas bersalinkan anak dia, "Hati patah!". But I do love to be pragnant. It's a good experience though. And above of all,time ni la sgt special sbb x boleh buat kerja berat2..heheheh!
Sebenarnya aku bukan nak citer pasal kandungan aku ni je since org kata jgn excited sgt tentang sesuatu perkara yg menggembirakan. Aku nak citer,aku baru jer beli buku baru Why Men Love Bitches (WMLB) & He's Just Not That Into You (HJNTIY). Actually dua2 buku tu aku nak hadiahkan pd kawan aku. Tapi bila baca dua2 buku tu I've decided that aku nk bagi dia HJNTIY tu. Kenapa aku minat buku WMLB tu? Bukan sbb harganya mahal skit dr yg lagi satu tu walaupun Apis kata aku kureng sesuai baca buku tu sebab tu utk perempuan yg masih single je. Tp aku nak jd bitch to my own husband. Jgn kata bitch atau dlm BM ialah pelacur (dlm kes yg aku bincangkan ini) tu jahat & ada affair ngn jantan lain. Bitch dlm buku ini bermaksud macamana nak jd perempuan yg boleh adored&respected by a guy,dlm pada itu bagaimana nak seduce lelaki yg kita nak tu tanpa perlu menjadi perempuan yang too nice contohnya 'Saya ialah perempuan pandai melawa, memasak, mengemas rumah dan berkelulusan universiti. So, tak ada sebab awak tak suka saya dan menolak saya menjadi gf/bini awak'. Apa2 hal, lu bacalah sendiri. Harganya kat Kinokuniya RM64 je.. Actually aku pernah belek buku ni kat Border Singapura tahun lps,tp Apis skeptikal masa tu mungkin disebabkn tajuknya yg agak liar. Tiba2 kali ni dia kata buku tu bagus dan motivated her a lot.. Apa2 la ko Apis. Adios

Teruskanlah...

pernahkah kau bicara
tapi tak didengar
tak dianggap sama sekali
pernahkah kau tak salah
tapi disalahkan
tak diberi kesempatan
kuhidup dengan siapa
ku tak tahu kau siapa
kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah
kau begitu
kau tak butuh diriku
aku patung bagimu
cinta bukan kebutuhanmu
kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah
kau begitu

Aku bagi lagu jiwang sedih ni bukan sebab aku ada masalah rumahtangga yang kritikal. Alhamdulillah, syukur kpd Allah Taala, setakat ini Abg Besar adalah peneman aku yg the best dan aku benar2 bahagia dgnnya.
Pernahkah kau org jd seperti dlm lagu di atas? Tak semestinya ngn bf or gf, tapi dgn org yg berada di sekeliling yg kau org kasihi. Apa yg kau org rasa dan nak kata kpd org yg dikasihi itu tetapi tidak dipedulikan malah dipersalahkan pula. Apa yg kau org akan buat? Bedoa ajer la kpd Allah Taala agar org2 yg tak tahu diuntung itu diberi petunjuk oleh-Nya sebelum terlambat! Amin..

Monday, August 3, 2009

Salam bagi mu...

Sejak bergelar seorg isteri,byk perkara baru yg aku lalui,pahit dan manis,susah dan senang. Aku pasti rakan2 yg seangkatan jgk melalui perkara yg serupa. Kalau dulu,tidur berpelukkan bantal busuk,sekarang dah berteman. Kalau dulu,nk masuk dapur payah sekali,sekarang kasihan plk kalau Abg Besar yg kuat makan,sampai kelaparan. Kalau dulu tak de lawan utk bergaduh,sekarang puas bergusti!
Cukup 4 bln bersama,mengenal hati budi yg sebnr,siapa kentut paling kuat&busuk,maka dtg pula org ketiga. Benar2 perkara terbaru bagi aku yg gonjol&semberono ni. Sekarang ini aku rs spt pelik pd diri aku ini krn baru pertama kali aku tak dtg 'bulan', pening2 lalat, perut mula mengembang, jln lambat2 dsbg. Betul ke ni there is somebody inside my body?
Terus berdetik di hati,camane la gayanya aku dok meneran ms dh due date tu eh? Boleh ke aku bangun tgh malam tukar lampin&menyusukan anak? Camane nnt aku sibuk make-up,anak dok merengek kt sebelah? Camanelh rupanya nnt aku mandikan anak 2x sehari? Dan camanelah rupa aku dok shopping2 sakan sambil kendong anak? huhu..
Bukan sedih atau susah hati bakal terima kedtgn org baru krn aku bnr2 mendambakannya sementelah plk umur 'baru' 29thn! Tapi aku rs kelakar la plk. Maklumlah,aku ni jenis suka menyakat budak & garang,bukan jns manja2kan budak. Ciri2 keibuan yg berlemah lembut gayanya tu rsnya cam xde dlm diri. Tp aku percaya,perasaan itu akan tiba sooner or later. Itukan fitrah! Insya-Allah.. Salam bg mu anak, dan good luck bg diri aku jua!

Tuesday, June 16, 2009

Alpokat oh Alpokat!


Aku baru je ikut balik bercuti ke kampung Abg Besar di Selat Panjang, Indonesia. Selat Panjang merupakan sebuah daerah dalam gugusan Kepulauan Riau. Kebanyakan penduduk di sini beragama Islam dan terdiri daripada kaum Melayu, Jawa dan Cina (aku tak nampak org India). Kat bawah ni aku ada letak peta sebab ada kawan aku tanya kat mana Selat Panjang ni dalam peta dunia (ceh! sampai mcm tu sekali).
Kat sini aku ibaratkan macam 'pekan selamba' disebabkan penduduknya yang tersangat santai gaya hidup mereka. Pengangkutan utama di sana ialah motosikal yg mereka panggil 'honda' meskipun terdapat beberapa jenis jenama motosikal lain! Selain itu, pengangkutan awam di sana ialah beca. Bukan sahaja jenis beca basikal, tetapi beca bermotosikal pun ada agar cepat sampai. Jadi, jalan utama di sana kecil berbanding jalan utama di tempat kita. Namun begitu, keadaan sgt meriah biarpun tiada Mat-mat serta Minah-minah rempit di jalanan. Pembonceng juga perlu banyak kali membunyikan hon untuk meminta laluan tak seperti di sini; hon bila kita rasa marah kepada pemandu lain! Sesiapa yg mempunyai kereta pula, lebih kepada hiasan di rumah semata-mata dek kerana terlalu banyaknya motosikal di jalanraya sehingga sukar utk memandu kereta. Tambahan pula, kereta hanya mampu dimiliki oleh doktor dan pekerja bank di sana, dan bilangannya boleh dikira dgn jari.
Bermula matahari terbit sehingga lewat 2 pagi, daerah ini tidak sunyi dgn bunyi motosikal. Kaum perempuannya tersangat aktif. Selain merupakan golongan peniaga di pasar Selat Panjang, mereka juga aktif bersosial seperti bermain bola tampar & tenis, melepak di warung-warung bersama teman-teman, berkunjung ke rumah jiran tetangga hingga lewat petang. Malam pun masih ada lagi yg berkunjung di rumah jiran!
Kat sana ada beberapa buah sekolah. Pelajar-pelajarnya memakai uniform yg berbeza-beza mengikut peraturan sekolah. Yg buat aku tersenyum, pelajar perempuan Muslimah memakai tudung yg sgt glamer di sana yg turut menular di negara kita, fesyen tudung Ekin Mawi. Kalaulah pelajar kita pakai tudung mcm tu, alamatnya didenda atau disuruh pulang rumah & tukar tudung. Tapi praktikal jgk tudung mcm tu sbb tak perlu diseterika! Ada jugak sekolah yg memakai kemeja batik Indonesia. Warna biru utk sekolah Muslim dan warna merah utk sekolah non-Muslim. Rasanya inilah cara pemerintah mereka mengekalkan identiti negara mereka.
Selain mempunyai beberapa buah masjid (surau pun mereka gelar masjid!), kat sana pun ada beberapa buah gereja dan tokong bagi menghormati kebebasan beragama penduduk. Bahasa utama, bahasa Melayu Indonesia. Kalau kau org nak tau, Selat Panjanglah tempat lahirnya Bahasa Melayu yg pertama di dunia.
Yg bestnya berkunjung ke sana ialah shopping tudung, kain lace, jubah manik, pakaian lelaki, beg dsbg. Ada sebuah bangunan pasar ibarat Pasar Payang di Terengganu cuma jualannya berada di tingkat paling bawah sekali je. Memang rambang mata dibuatnya apalagi harganya teramat murah. Kiranya kalau bawa duit RM1000 dan ditukar dgn duit sana, boleh beli stok tudung satu tahun! Dan kat sana ada sebuah kedai barangan berjenama (tetapi auta punya) namun begitu kualitinya lebih baik berbanding barangan auta yg biasa kita lihat di pasar-pasar malam. Aku telah membeli sebuah beg yg diperbuat drpd kulit yg berjenama ****** dgn harga yg tersgt berpatutan! Oh, kedai tu namanya Sogo (mcm Sogo KL la plk...).
Di sana kau org jgn bimbang tentang penginapan krn ada 2 buah hotel yg aku kira 3 bintang punyalah. Ataupun kau org boleh cari travel agency yg boleh bawa kau org berkunjung ke sana.
Ok, skrg tibalah masanya aku citer ttg makanan&minuman best2 kt sana. Buat pertama kalinya aku minum es alpokat (ais alpokat). Alpokat adalah sejenis buah yg glamer yg byk ditanam kt sana. Nama omputihnya ialah avocado... hahahai! Sedap beb. Buah ni murah kt sana dan tersgt byk khasiatnya (kau org bley baca sendiri kt Wikipedia). Rasanya mcm butterscotch. Utk mengadun air ni,kau org kena dptkan isi alpokat@avocado,tambah gula merah secukup rasa,susu cair,sedikit perahan lemon/limau dan bbrp ketul ais. Blend kesemuanya & tabur ngn milo. Pergh! teringat2 dibuatnya.. Sempatlah aku membeli 2 biji alpokat dr sana utk buat sendiri es alpokat di rumah aku di BP. Bijinya aku simpan utk dibuat benih kt kampung aku nnt. Pokoknya nnt sebiji macam pokok rambai. Selain sedap diminum, alpokat ni boleh dibuat masker muka (bagus utk haluskan kulit) & suburkan rambut. Makanan best kt sana tempe la..apalagi! Makan nasi lemak ada tempe, makan nasi putih ada tempe, makan nasi ayam penyet ada tempe... Nsb baik mkn bakso tak de tempe. Kalau ada jgk aku memang 'tabik spring' btl ngan org2 kt sana sbb tempe yg diperbuat drp kacang soya kaya dgn protein yg boleh menguatkan daya ingatan! Tempenya mmg fresh tak macam tempe kita,kdg2 dh tengik pun masih dijual di kedai.
Nanti aku downloadkan gambar2 di sana. Adios