Tuesday, June 16, 2009

Alpokat oh Alpokat!


Aku baru je ikut balik bercuti ke kampung Abg Besar di Selat Panjang, Indonesia. Selat Panjang merupakan sebuah daerah dalam gugusan Kepulauan Riau. Kebanyakan penduduk di sini beragama Islam dan terdiri daripada kaum Melayu, Jawa dan Cina (aku tak nampak org India). Kat bawah ni aku ada letak peta sebab ada kawan aku tanya kat mana Selat Panjang ni dalam peta dunia (ceh! sampai mcm tu sekali).
Kat sini aku ibaratkan macam 'pekan selamba' disebabkan penduduknya yang tersangat santai gaya hidup mereka. Pengangkutan utama di sana ialah motosikal yg mereka panggil 'honda' meskipun terdapat beberapa jenis jenama motosikal lain! Selain itu, pengangkutan awam di sana ialah beca. Bukan sahaja jenis beca basikal, tetapi beca bermotosikal pun ada agar cepat sampai. Jadi, jalan utama di sana kecil berbanding jalan utama di tempat kita. Namun begitu, keadaan sgt meriah biarpun tiada Mat-mat serta Minah-minah rempit di jalanan. Pembonceng juga perlu banyak kali membunyikan hon untuk meminta laluan tak seperti di sini; hon bila kita rasa marah kepada pemandu lain! Sesiapa yg mempunyai kereta pula, lebih kepada hiasan di rumah semata-mata dek kerana terlalu banyaknya motosikal di jalanraya sehingga sukar utk memandu kereta. Tambahan pula, kereta hanya mampu dimiliki oleh doktor dan pekerja bank di sana, dan bilangannya boleh dikira dgn jari.
Bermula matahari terbit sehingga lewat 2 pagi, daerah ini tidak sunyi dgn bunyi motosikal. Kaum perempuannya tersangat aktif. Selain merupakan golongan peniaga di pasar Selat Panjang, mereka juga aktif bersosial seperti bermain bola tampar & tenis, melepak di warung-warung bersama teman-teman, berkunjung ke rumah jiran tetangga hingga lewat petang. Malam pun masih ada lagi yg berkunjung di rumah jiran!
Kat sana ada beberapa buah sekolah. Pelajar-pelajarnya memakai uniform yg berbeza-beza mengikut peraturan sekolah. Yg buat aku tersenyum, pelajar perempuan Muslimah memakai tudung yg sgt glamer di sana yg turut menular di negara kita, fesyen tudung Ekin Mawi. Kalaulah pelajar kita pakai tudung mcm tu, alamatnya didenda atau disuruh pulang rumah & tukar tudung. Tapi praktikal jgk tudung mcm tu sbb tak perlu diseterika! Ada jugak sekolah yg memakai kemeja batik Indonesia. Warna biru utk sekolah Muslim dan warna merah utk sekolah non-Muslim. Rasanya inilah cara pemerintah mereka mengekalkan identiti negara mereka.
Selain mempunyai beberapa buah masjid (surau pun mereka gelar masjid!), kat sana pun ada beberapa buah gereja dan tokong bagi menghormati kebebasan beragama penduduk. Bahasa utama, bahasa Melayu Indonesia. Kalau kau org nak tau, Selat Panjanglah tempat lahirnya Bahasa Melayu yg pertama di dunia.
Yg bestnya berkunjung ke sana ialah shopping tudung, kain lace, jubah manik, pakaian lelaki, beg dsbg. Ada sebuah bangunan pasar ibarat Pasar Payang di Terengganu cuma jualannya berada di tingkat paling bawah sekali je. Memang rambang mata dibuatnya apalagi harganya teramat murah. Kiranya kalau bawa duit RM1000 dan ditukar dgn duit sana, boleh beli stok tudung satu tahun! Dan kat sana ada sebuah kedai barangan berjenama (tetapi auta punya) namun begitu kualitinya lebih baik berbanding barangan auta yg biasa kita lihat di pasar-pasar malam. Aku telah membeli sebuah beg yg diperbuat drpd kulit yg berjenama ****** dgn harga yg tersgt berpatutan! Oh, kedai tu namanya Sogo (mcm Sogo KL la plk...).
Di sana kau org jgn bimbang tentang penginapan krn ada 2 buah hotel yg aku kira 3 bintang punyalah. Ataupun kau org boleh cari travel agency yg boleh bawa kau org berkunjung ke sana.
Ok, skrg tibalah masanya aku citer ttg makanan&minuman best2 kt sana. Buat pertama kalinya aku minum es alpokat (ais alpokat). Alpokat adalah sejenis buah yg glamer yg byk ditanam kt sana. Nama omputihnya ialah avocado... hahahai! Sedap beb. Buah ni murah kt sana dan tersgt byk khasiatnya (kau org bley baca sendiri kt Wikipedia). Rasanya mcm butterscotch. Utk mengadun air ni,kau org kena dptkan isi alpokat@avocado,tambah gula merah secukup rasa,susu cair,sedikit perahan lemon/limau dan bbrp ketul ais. Blend kesemuanya & tabur ngn milo. Pergh! teringat2 dibuatnya.. Sempatlah aku membeli 2 biji alpokat dr sana utk buat sendiri es alpokat di rumah aku di BP. Bijinya aku simpan utk dibuat benih kt kampung aku nnt. Pokoknya nnt sebiji macam pokok rambai. Selain sedap diminum, alpokat ni boleh dibuat masker muka (bagus utk haluskan kulit) & suburkan rambut. Makanan best kt sana tempe la..apalagi! Makan nasi lemak ada tempe, makan nasi putih ada tempe, makan nasi ayam penyet ada tempe... Nsb baik mkn bakso tak de tempe. Kalau ada jgk aku memang 'tabik spring' btl ngan org2 kt sana sbb tempe yg diperbuat drp kacang soya kaya dgn protein yg boleh menguatkan daya ingatan! Tempenya mmg fresh tak macam tempe kita,kdg2 dh tengik pun masih dijual di kedai.
Nanti aku downloadkan gambar2 di sana. Adios

No comments:

Post a Comment