Friday, January 1, 2010

Azam Oh! Azam

Sambutan Tahun Baru Hijrah sudah berlalu & kini sambutan Tahun Baru Masihi pula. Tahun berganti tahun tak kiralah tahun Islam atau tahun bukan Islam. Kebanyakan azam yg dipasang bagai angan-angan,kadang kala berlalu pergi bak sepoi-sepoi angin lalu!
Alhamdulillah,azam tahun lepas aku yg itu ingin bersuami & membentuk keluarga kecil sendiri, keluar dr kepompong mak&abah (bak azam tahun-tahun sebelumnya!), tertunai sudah. Selain itu,azam membantu keluarga pun telah byk dilaksanakan. Ada lagi azam yg di'bawa ke hadapan' disebabkan masalah-masalah serta mendahulukan agenda-agenda lain,tidak dapat dilaksanakan. Harap-harap dgn izin Allah Taala, dptlah aku tunaikan azam aku yg keciciran itu kerana dah tiba masanya aku perlu mementingkan keperluan diri sendiri! So,azam aku pada tahun baru ini ialah:
1.meningkatkan pendapatan tahunan.
2.nak menyimpan aset&duit demi masa depan anak-anak & keperluan hari tua dgn lebih banyak lagi.
3.nak makan angin di luar negara (kecuali Singapura&Indonesia,ya?).
4.membeli kereta baru.
Cukuplah aku pasang azam yg empat di atas ni. Kalau letak sepuluh,takut cakap je lebih tp buatnya tak..huhuhu! Semoga Allah Taala mengizinkan aku melaksanakannya pada tahun ini. Amin.

No comments:

Post a Comment