Friday, May 22, 2009

Pst...pst...! Dia tuttt...dia tuttt...

Gosip! Bestnya melayan gosip apalagi melibatkan orang popular, orang yang kekwat, orang cantik, orang genius, orang yang kaya atau sesiapa saja lebih-lebih lagi orang yang kita meluat melihatnya!
Aku pernah melalui penangan gosip di tempat kerja. Apalagi kalau kita ini berbaik sikit dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Wow! Dia punya melayan gosip sampai kita telah beranak cucu disebut-sebut. Saat itu adalah saat yang sukar bagi aku. Serasa seperti ada orang yang menikam dari belakang, sakitnya bukan kepalang apalagi malu kepada orang lain. Asalnya aku bercerita kepada orang yang paling dipercayai, tahu-tahu cerita sampai ke telinga orang yang paling tak patut tahu. Malah, ceritanya jadi cerita lain. Aku cerita A, dia punya canang sampai Z. Sedih pun ada...
Namun begitu, jauh di sudut hati aku redha aje. Tak pelah orang nak kata, janji jangan sampai ada yang menyebut depan aku! Kerana aku pernah sound baik punya kepada seorang rakan sekerja yang tak tahu apa-apa tentang cerita sebenar dari mulut aku sendiri, sedap-sedap je menjadikan sejarah aku sebagai bahan gurauan. So, sebagai panduan kepada anda semua:
1. jangan mudah bercerita tentang perjalanan hidup anda kepada orang yang anda telah ketahui suka bergosip @ bercerita hal orang lain kepada anda. Yelah, kalau dia boleh 'anyam ketupat' fasal orang lain dengan anda, tak mustahil tentang diri anda pun dia 'anyamkan' sekali kepada orang lain!
2. kecilkan kumpulan kawan-kawan yang paling anda percayai, barulah boleh berkongsi cerita.
3. jadilah orang yang dipercayai menyimpan cerita kalau itu yang anda harapkan dari teman anda.
4. buatkan diri anda sibuk di tempat kerja bagi mengelakkan berkumpul dengan 'kumpulan Cik Kiah' ni seterusnya ter'join' cerita gosip sesama sendiri.
5. kalau terjebak juga, tukar topik lain! Kalau tak berjaya, buat tak reti. Kalau tak berjaya juga, hanya jadi pendengar sahaja tetapi JANGAN SESEKALI tumpang sekaki bercerita atau bertanya. Melainkan, bercerita dengan niat sebagai panduan orang lain. Namun begitu, elakkan menyebut nama orang kena umpat itu bagi mengelakkan fitnah dan jangan cerita sampai detail takut terover. Contohnya, "Si polan memang orangnya gatal. So, berhati-hati dengan dia. Kalau kau faham maksud aku, ok la.. Kalau kau tak tahu, kau cari sendiri siapa orangnya." Kiranya, biarlah jadi pendengar tapi jangan jadi DJ tak bergaji!
6. JANGAN SESEKALI mendedahkan diri anda kepada gosip dengan bercerita tentang bahagianya anda di tempat tidur bersama suami (orang pompuan suka bercerita hal ini) dengan teman-teman walau sebaik mana mereka sekalipun dengan anda. Kalau nak bercerita, biarlah berlapik. Agama Islam juga melarang kita bercerita perihal suami atau isteri kita lebih-lebih part kelemahan mereka kepada orang lain. Dan sebagai teman, anda juga harus menghormati kehidupan peribadi teman yang telah bersuami. Kiranya anda tiada hak untuk tahu 'sampai dalam' perihal kehidupan mereka laki bini seterusnya dijadikan bahan gurauan.
7. apa-apa hal, jangan mudah percaya kepada orang lebih-lebih lagi yang baru dikenali.
Sekian!

No comments:

Post a Comment