Saturday, February 21, 2009

Di Manakah Orang Tua Anda?

Ada seorang guru berbangsa Cina dan dia jgk seorg biara. Dia pernah mengajar aku dan kawan-kawan subjek Bahasa Inggeris. Satu hari, dia pernah menyebut kebaikan Pusat Jagaan Orang-orang Tua di mana orang yg telah lanjut usia sepatutnya ditempat ke pusat tersebut utk dijaga biarpun masih ada anak yg mampu menjaga mereka. Pada mulanya aku semacam tak setuju akan pandangannya krn sudah tanggungjawab anak-anak menjaga org tua. Tambah pula hidangan drama-drama apa bangsa sekalipun (kecuali Barat krn mereka terlalu open minded), yg mengisahkan anak yg tak mengenang budi dan derhaka menghantar org tua mereka ke pusat tersebut. Dek kerana itulah, kebanyakan kalangan dari kita memandang serong akan pusat kebajikan tersebut malahan menjadi pantang org tua bila mendengarnya. Sehinggakan kebanyakan pusat tersebut tak semenggah dan dihuni orang-orang yg memang tiada tempat berteduh.
Menginjak usia dewasa, akhirnya aku terbuka utk mendalami isu ini. Apatah lagi, aku banyak menonton cerita-cerita Barat. Di sana, mereka ada membangunkan pusat tersebut malah menghiburkan! Cthnya dalam cerita 'In Her Shoes'. Di sana ada disediakan apartment, dobi, hospital (utk yg sakit kronik), klinik, tempat bersantai utk bersosial bersama teman seusia, swimming pool, terdapat staf yg berkelayakan dlm melayani karenah orang-orang tua malahan mereka masih boleh melakukan part time job seperti jualan langsung, ceramah dsbg. Dalam cerita Benjamin Button pula, orang-orang tua yg memang kesunyian duduk sendirian di rumah, 'menyerah diri' dgn rela ke pusat jagaan.
Sebenarnya, di Malaysia pun ada pusat jagaan tersebut spt di Barat dan dikenakan bayaran. Cuma kurang popular di kalangan org Melayu. Mereka lebih rela duduk seorang di rumah memandangkan rumah itu dibeli sendiri biarpun macam nak roboh. Namun, sedarkah kita kebarangkalian orang tua kita utk terdedah dgn bahaya rompakan, serangan penyakit kronik, perbuatan khianat dsbg sgt tinggi ketika kita meninggalkan mereka utk keluar bekerja? Malahan, ada di kalangan kita menghantar anak utk dijaga oleh org tua sedangkan mereka perlu rehat dan krgkan stress. Dan sedarkah kita, kesunyian mereka duduk seorangan akan menyebabkan penyakit nyanyuk, kemurungan dsbgnya? Ada sesetengah org menggunakan khidmat pembantu rumah atau jururawat peribadi yg kebykn kaum wanita. Bagaimana pula dengan keselamatan nyawa mereka pula. Akhir-akhir ini kita banyak didedahkan dengan berita orang tua menjaga cucu di rumah anak mereka mati ditetak, dikelar, ditusuk benda tajam tanpa belas kasihan!
Jadi, diharap ada pihak yg prihatin membangunkan pusat tersebut dan menawarkan jagaan org tua secara harian. Dengan kaedah begitu, anak-anak sebelum pergi bekerja akan menghantar org tua mereka ke pusat tersebut dan mengambil mereka sblm menjelang malam. Atau mengambil mereka di hujung minggu. Macam tinggal di hostel masa zaman belajar... Insya-Allah di sana sakit pening mereka akan dijaga oleh org yg berkelayakan, dapat bertemu kawan-kawan seusia, boleh melakukan kerja-kerja berfaedah seperti usrah dan mengaji, melakukan latihan kecerdasan tubuh badan yg dibimbing oleh jurulatih dsbgnya.
Kalau kita dengar iklan kebajikan, mesti ada slogan 'Di mana anak-anak anda?' kerana kes culik yg berleluasa. Tetapi kita jangan lupa, 'Di mana orang tua kita?' ketika kita sibuk bekerja! Sekian

3 comments: