Saturday, February 21, 2009

Tua

Ini mengenai orang tua lagi. Aku nak bercerita sebab kita pasti akan menjadi tua (itupun kalau tak ada apa musibah yg menyebabkan kita tak sempat menjadi tua!). Banyak drama menghidangkan cerita anak derhaka dgn orang tua mereka. Masa kecil anak ditatang bagai minyak yg penuh, dibelai, disekolah dsbgnya. Akhirnya, bila anak dah besar tak reti balik kampung, kurang ajar, beri wang sahaja tapi kurang masa nak jenguk ibu bapa di kampung dsbg. Hinggakan ada ayat sgt popular, 'ibu bapa boleh menjaga 7 org anak, tp 7 org anak blm mampu menjaga ibu bapa sendiri'.
Itu dalam kebanyakan drama, memang derhakalah seorg anak kalau memang benar dibesarkan bagai puteri/a raja tetapi lupa diri. Tapi jarang benar drama merungkai satu 'cerita' kenapa jadi begitu sekali? Cerita apa ya? Semenjak zaman lepas merdeka lagi, ibu bapa begitu taksub menghantar anak-anak mereka belajar sampai pandai, masuk asrama penuh di usia muda, lepas tu hantar anak masuk universiti tempatan/luar negara, habis belajar dapat kerja baik di bandar besar. So, apa silapnya? Sedarkah kalian, bermulanya anak-anak dihantar ke asrama penuh, hubungan kekeluargaan mula terhakis. Ibu bapa mengharapkan yg terbaik dr anak-anak, anak-anak berusaha bersungguh-sungguh utk tidak menghampakan harapan ibu bapa. Mana perginya belaian kasih antara mereka kalau mereka sibuk mengejar aspirasi demi memuaskan hati masing-masing?
Bagi anak-anak yg mengenang budi, akan mengirim wang ke kampung utk kegunaan ibu bapa. Nak balik kampung mungkin ada susah sikit krn tuntutan kerja. Apalagi kalau yg dah berkeluarga, perlu berkompromi suami isteri nak balik kampung yg mana satu dan ada yg menunggu anak bercuti sekolah barulah ada masa utk menjengah kampung halaman. Ibu bapa mulalah merungut sampai ada yg kata, wang bukan segala-galanya! Sedangkan dari kecil mereka mendidik anak-anak utk belajar bersungguh-sungguh utk mendapat kerja gaji besar.
Aku ada cerita dari sebuah kampung kawan aku. Ada seorg nenek tinggal berdua dgn org gaji. Anak-anak lelakinya semua kerja baik dan anak perempuan pula bersuami yg bergaji besar. Mereka jarang pulang ke kampung biarpun ada yg tinggal satu daerah. Kalau pulang ke kampung, semuanya minta dilayan macam org kaya. Mak kawan aku ni bercerita, sejarah anak-anaknya bersikap begitu adalah salah nenek itu mendidik. Ketika mereka kecil, mereka tidak dididik membantu ibu bapa. Alasannya, si nenek dan arwah suaminya tidak mahu mengganggu anak-anak mereka dlm menumpukan pelajaran. Memang aspirasi nenek & suaminya tercapai. Tetapi akhirnya mereka kesunyian.
So, bakal-bakal org tua, jgn sibuk mengejar duniawi hingga terlupa sesuatu paling berharga dlm hidup kita. Bagi org tua, memang benar 'ibu bapa boleh menjaga 7 org anak, tetapi 7 org anak blm mampu menjaga kedua org tuanya' krn ibu bapa boleh marah hingga merotan anak-anak utk mendisiplinkan mereka. Tetapi, anak-anak akan jadi kurang ajar & berdosa kalau enggan melayan karenah org tua mereka! Wassalam

No comments:

Post a Comment